Khamis, 20 Jun 2019 | 12:02pm
MAWI bersama isteri Nora Asyikin Rahmat menyiram air mawar di kubur ibunya Ramlah Sarlan yang meninggal dunia akibat sakit di Tanah Perkuburan Islam FELDA Taib Andak Kulai. - Foto Zain Ahmed

Ibu Mawi selamat dikebumi

KULAI: Jenazah ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 72, yang meninggal dunia akibat sakit tua malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Taib Andak, sebentar tadi.

Terdahulu, jenazah disolatkan di rumahnya di tanah rancangan itu dengan diimamkan oleh Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38.

Arwah yang mengalami komplikasi beberapa penyakit, dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima sebelum dibenarkan pulang kelmarin atas permintaan sendiri.

Pada 2006 Mawi kehilangan bapanya, Ani Ahmad, 66, akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita Harian X