Sabtu, 21 September 2019 | 11:01pm
Dari kiri; Ernie Zakri, Idayu dan Liza Hanim akan beraksi dalam segmen Power Vocals pada malam kemuncak ABPBH 32. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Dari kiri; Ernie Zakri, Idayu dan Liza Hanim akan beraksi dalam segmen Power Vocals pada malam kemuncak ABPBH 32. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Dari kiri; Ernie Zakri, Idayu dan Liza Hanim pada raptai ABPBH 32 di PICC Putrajaya, semalam. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Dari kiri; Ernie Zakri, Idayu dan Liza Hanim pada raptai ABPBH 32 di PICC Putrajaya, semalam. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Idayu bakal buai emosi peminat pada ABPBH 32

PUTRAJAYA: Penyanyi, Idayu, menitiskan air mata apabila ditawarkan beraksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam esok.

Katanya, dia bukannya begitu popular, tetapi dipilih untuk beraksi dalam segmen Power Vocals bersama penyanyi hebat seperti Liza Hanim dan Ernie Zakri.

Mereka akan menyanyikan lagu dendangan bakat baharu lelaki pada acara kemuncak nanti.

"Saya tidak sangka dipilih. Kalau ikutkan perjalanan kerjaya saya agak perlahan.

"Alhamdulillah, ABPBH 32 umpama platform yang mengembalikan ingatan peminat terhadap saya.

"Ruang ini tidak akan disia-siakan. Sejujurnya, saya sudah biasa menyampaikan lagu-lagu penyanyi lain di atas pentas.

"Saya memang sukakan lagu yang akan saya sampaikan esok. Tak sangka saya dapat mendendangkannya di pentas besar seperti ABPBH," katanya.

Dari kiri; Idayu, Ernie Zakri dan Liza Hanim pada sesi latihan persembahan ABPBH 32 di Banglonine, Seksyen 12, Ptaling Jaya, baru-baru ini. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Dari kiri; Idayu, Ernie Zakri dan Liza Hanim pada sesi latihan persembahan ABPBH 32 di Banglonine, Seksyen 12, Ptaling Jaya, baru-baru ini. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

Idayu hadir bersama suaminya, Sharul Fadzil ke raptai ABPBH 32 di PICC, malam ini. - NSTP/Rosela Ismail
Idayu hadir bersama suaminya, Sharul Fadzil ke raptai ABPBH 32 di PICC, malam ini. - NSTP/Rosela Ismail

Bagaimanapun, katanya, lagu itu mempunyai cabarannya yang tersendiri.

"Lagu itu dinyanyikan penyanyi lelaki, jadi cara penyampaian tidak sama dengan wanita.

"Cara penyampaian saya tidak boleh kasar atau ganas. Ia harus disesuaikan dengan lenggok dan tona suara wanita.

"Saya bertuah kerana melodi lagu ini cukup meruntun hati. Saya akan pastikan penonton meremang bulu roma mendengarnya.

"Ia bukan sebab suara saya, tetapi penyampaian dan emosi lagu ini," katanya.

Berita Harian X