Ahad, 22 September 2019 | 5:16pm
Zizan (kiri) dan Ismail Izzani pada sesi latihan sempena malam kemuncak ABPBH 32 di Putrajaya Convention Centre (PICC), Putrajaya. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Zizan (kiri) dan Ismail Izzani pada sesi latihan sempena malam kemuncak ABPBH 32 di Putrajaya Convention Centre (PICC), Putrajaya. - NSTP/Saifullizan Tamadi

ABPBH 32: Zizan berlatih menyanyi hingga ke bilik air

PUTRAJAYA: Artis serba boleh, Zizan Razak, menganggap ruang yang diberikan untuk beraksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 sebagai bulan jatuh ke riba.

Biarpun pernah mengendalikan anugerah berprestij itu sebagai hos dan juga tampil selaku penyampai trofi, debaran beraksi sebagai penyanyi, ujarnya, agak berbeza.

Malam ini, Zizan akan berkolaborasi dengan penyanyi, Ismail Izzani, menerusi lagu baharu berjudul Berserah yang dilancarkan sebelum Ramadan lalu.

Selain Zizan dan Ismail, segmen pembukaan malam kemuncak ABPBH 32 turut dihangatkan penyanyi, SonaOne, Alif dan Zamaera.

Zizan berkata, perasaan beraksi sebagai penyanyi di pentas gah seperti ABPBH adalah berbeza.

Zizan dan Ismail Izzani pada raptai penuh sempena malam kemuncak ABPBH 32 di Putrajaya Convention Centre (PICC), Putrajaya. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
Zizan dan Ismail Izzani pada raptai penuh sempena malam kemuncak ABPBH 32 di Putrajaya Convention Centre (PICC), Putrajaya. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Gelagat Zizan (dua dari kanan) pada sesi latihan sempena persembahan ABPBH 32 di Banglonine, Seksyen 12, Petaling Jaya, baru-baru ini. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Gelagat Zizan (dua dari kanan) pada sesi latihan sempena persembahan ABPBH 32 di Banglonine, Seksyen 12, Petaling Jaya, baru-baru ini. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

"Saya anggap ia satu penghormatan buat saya. Debarannya cukup terasa, apatah lagi muncul pada segmen pembukaan.

"Saya berasakan diri ini belum cukup layak untuk beraksi di pentas anugerah berprestij ini sebagai penyanyi, tetapi ruang dan peluang dihulurkan saya sambut dengan hati terbuka," katanya.

Zizan berkata, dia giat berlatih sejak seminggu lalu, termasuk ketika berada di bilik mandi.

"Siang malam saya mendengar lagu ini, bahkan waktu mandi pun masih menyanyi.

"Jujurnya suara saya tidak berapa okay dengan cuaca jerebu ini. Saya sakit tekak, tetapi insya-Allah saya dan Ismail akan mempamerkan persembahan dengan cara tersendiri," katanya yang akan memasuki lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 tidak lama lagi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X