Jumaat, 6 Disember 2019 | 10:40pm
Risteena bersama tunang, Isa Khan. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Risteena bersama tunang, Isa Khan. - NSTP/Mahzir Mat Isa

Isa Khan, Risteena bertunang 23 November lalu

PUTRAJAYA: Selepas lima bulan berkenalan, pelakon, Isa Khan, 26, mengumumkan mengikat tali pertunangan dengan Nur Risteena Munim, 30, pada 23 November lalu.

Mereka mengadakan majlis pertunangan di Bali, Indonesia, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

“Kehadiran Risteena cukup membahagiakan hidup saya.

“Pada awalnya, ada sesetengah pihak cuba meracuni fikiran Risteena, tetapi dia tetap memberikan peluang kepada saya. Setiap orang ada kisah silam atau masa lalu. Namun ia tidak menjadikan siapa kita pada hari ini.

Risteena pada majlis pengumuman pertunangan bersama Isa Khan di Bora Ombak. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Risteena pada majlis pengumuman pertunangan bersama Isa Khan di Bora Ombak. - NSTP/Mahzir Mat Isa

Risteena (tiga dari kanan) bersama keluarga pada majlis pengumuman pertunangan bersama Isa Khan, di Bora Ombak, Putrajaya. - NSTP/Mahzir Mat Isa
Risteena (tiga dari kanan) bersama keluarga pada majlis pengumuman pertunangan bersama Isa Khan, di Bora Ombak, Putrajaya. - NSTP/Mahzir Mat Isa

"Terima kasih Risteena! Cubaan mahu meracuni fikirannya tidak dihiraukan dan dia menerima saya dengan seadanya," kata Isa dalam ucapannya pada majlis yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Isa yang turut dikenali sebagai penyanyi berkata, seperti juga insan lain, dia cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Di hadapan semua orang, saya berjanji akan selalu menjaga awak. Saya akan sentiasa bersama awak saat suka dan duka.

"Selagi awak percaya, tiada siapa yang boleh memisahkan kita," kata bakat kelahiran program Akademi Fantasia 2016 itu.

Berita Harian X