Sabtu, 21 Disember 2019 | 4:48pm
Pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menimang anak kedua pada Februari tahun depan. - Foto Instagram Amyra Rosli
Pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli bakal menimang anak kedua pada Februari tahun depan. - Foto Instagram Amyra Rosli

Amar, Amyra bakal timang anak perempuan

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Februari depan.

Pelakon terbabit berkongsi berita gembira itu pada majlis pengumuman jantina bakal anak kedua mereka, di sini, hari ini.

“Jujurnya, saya memang langsung tidak tahu jantina bakal anak kedua kami. Ketika proses imbasan kehamilan dilakukan pun, doktor dan Amyra memilih untuk berahsia. Saya diminta oleh mereka untuk menunggu di luar.

“Jadi, saya memang terkejut apabila jantina anak kami diumumkan, hari ini. Selama ini juga, Amyra memberikan bayangan kami bakal menimang seorang lagi putera kerana dia banyak membeli barang dan mencari buku nama anak lelaki.

“Memang bersungguh-sungguh Amyra hendak memberikan kejutan kepada saya,” kata Amar yang amat gembira apabila keluarga kecil mereka kini bakal lengkap dengan sepasang cahaya mata.

Reaksi Amar saat mengetahui jantina anak keduanya pada majlis yang diadakan di Bangsar. - NSTP/Mustaffa Kamal
Reaksi Amar saat mengetahui jantina anak keduanya pada majlis yang diadakan di Bangsar. - NSTP/Mustaffa Kamal

Amar turut menjelaskan, penantian untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan lebih berharga apabila diberikan rezeki bagi menyambut anak perempuan pula.

Sebelum ini, Amar berkongsi berita gembira bakal menerima cahaya mata kedua dengan memuat naik foto isterinya bersama alat ujian kehamilan di Instagram, Julai lalu.

Amyra dan Amar bersama Aqeef Anaqi pada majlis mengumumkan jantina anak kedua pasangan selebriti itu di Bangsar. - NSTP/Mustaffa Kamal
Amyra dan Amar bersama Aqeef Anaqi pada majlis mengumumkan jantina anak kedua pasangan selebriti itu di Bangsar. - NSTP/Mustaffa Kamal

Dia turut menyifatkan berita kehamilan itu sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

Amar dan bintang drama Nur itu mendirikan rumah tangga pada November 2016. Mereka dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi, pada 15 Oktober 2017.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X