Selasa, 7 Januari 2020 | 3:48pm
Emma meminta peminat berdoa agar dirinya dipertemukan jodoh suatu hari nanti. Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Emma meminta peminat berdoa agar dirinya dipertemukan jodoh suatu hari nanti. Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

'Tak jadi kahwin dikecam pula'

KUALA LUMPUR: Tersenyum Emma Maembong tatkala ditanya apakah benar gosip bertebaran konon dirinya bakal berkahwin, tahun ini.

Lali diaju soalan sama, apatah lagi ramai mahu mengabadikan 2020 sebagai tarikh istimewa hari bahagia, Emma bagaimanapun enggan bercerita panjang.

“Hampir setiap tahun sejak dahulu lagi, gosip atau cerita nak kahwin akan muncul.

“Bagi saya, ia umpama doa yang baik. Cuma saya malas hendak bercerita panjang. Nanti tak jadi kahwin, akan dikecam pula,” katanya kepada BH Online.

Namun, kakak kepada Chacha Maembong ini tidak menolak andai jodoh sudah tiba.

“Macam selalu, kalau keluar gosip hendak berkahwin, saya aminkan doa itu. Dalam hal ini, saya hanya minta doa yang baik-baik,” katanya.

Sebelum ini, Emma, 27, dikaitkan dengan Zizan Razak dan Kamal Adli. Julai lalu, Emma dikatakan menjalin hubungan intim dengan Noki yang juga anggota K-clique.

Berita Harian X