Rabu, 29 Januari 2020 | 10:01pm
PENGASAS Booty Boys Studio, Allahyarham Kesuma Booty, 69, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, semalam. - Foto ihsan Alfa Booty

Kesuma Booty meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pengasas Booty Boys Studio, Kesuma Booty, 69, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di sini, pada jam 12.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Anaknya, Alfa Booty memberitahu, bapanya sudah lama menderita akibat beberapa penyakit seperti angin ahmar, bronkitis, darah tinggi dan buah pinggang.

“Bapa sudah terlantar sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini arwah dimasukkan ke hospital selama lapan hari.

“Empat hari lalu, doktor membenarkan bapa pulang kerana keadaannya kesihatannya semakin merosot... Ketika itu, bapa sudah tidak sedarkan diri.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas kira-kira jam 12.30 pagi,” katanya kepada BH Online.

Selain Alfa, Kesuma Booty yang juga anak kepada legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas iaitu Allahyarham Kasmah Booty, meninggalkan seorang lagi cahaya mata iaitu Rumie.

Allahyarham Kesuma mengasaskan Booty Boys Studio bersama adik-beradiknya Surya dan Purnama.

Studio muzik milik adik-beradik itu menjadi antara pusat rakaman popular dalam kalangan penyanyi terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin serta band seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed pada era 1980-an.

Allahyarham juga menjadi antara individu yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad sebagai syarikat pada 1989.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X