Khamis, 13 Februari 2020 | 7:02pm
Izara bakal melahirkan puterinya, April depan. - IG CTDK
Izara bakal melahirkan puterinya, April depan. - IG CTDK

Izara bakal timang 'baby girl'

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira menantunya, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid bakal menimang cahaya mata perempuan.

Penyanyi Anta Permana itu memberitahu, Izara bakal melahirkan puterinya, April depan.

“Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalin dan ‘baby girl’ sihat walafiat,” katanya yang berkongsi entri di Instagram.

Siti yang menghadiri majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan Izara dan suami, hari ini, turut berkongsi foto menarik acara bertemakan hijau pudina itu.

Siti berkongsi berita gembira Izara bakal menimang cahaya mata perempuan, April depan. - IG CTDK
Siti berkongsi berita gembira Izara bakal menimang cahaya mata perempuan, April depan. - IG CTDK

Pada 1 Januari lalu, Izara, 27, mengumumkan dirinya hamil enam bulan.

BH Online melaporkan, Izara mengambil masa untuk berkongsi cerita itu kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.

Berita Harian X