Jumaat, 14 Februari 2020 | 8:30am
Farah Nabilah berharap proses kelahiran anak sulung Izara, April depan, lancar. Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Izara jadi ibu, Farah Nabilah tumpang gembira

KUALA LUMPUR: Pelakon Farah Nabilah tumpang gembira teman baiknya, Izara Aishah bakal menimang cahaya mata perempuan, April depan.

Farah yang menghadiri majlis ‘baby shower’ dianjurkan Izara dan suami, Adib Khalid, semalam, turut mengumumkan melalui akaun media sosial jantina anak dikandung teman baiknya itu.

“Sah bayi perempuan,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira menantunya, Izara, bakal menimang cahaya mata perempuan.

Penyanyi Anta Permana itu memberitahu, Izara bakal melahirkan puterinya, April depan.

Farah juga berharap proses kelahiran bayi Izara lancar.

“Saya tumpang gembira dengan berita ini. Semoga dipermudahkan proses kelahirannya nanti,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, Izara, 27, mengumumkan dirinya hamil enam bulan.

BH Online melaporkan, Izara mengambil masa untuk berkongsi cerita itu kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.

Berita Harian X