Sabtu, 28 March 2020 | 1:00pm
Suraya Borhan melahirkan anak perempuan, petang semalam. - Foto Suraya Borhan
Suraya Borhan melahirkan anak perempuan, petang semalam. - Foto Suraya Borhan

Tujuh tahun menanti anak

KUALA LUMPUR: Penantian selama tujuh tahun akhirnya penyampai radio, Suraya Borhan dikurniakan cahaya mata perempuan, petang semalam.

Penyampai radio Suria FM itu selamat melahirkan bayi seberat 3.23 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3.46 petang.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Sudah tentu saya dan suami menantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup kami selama ini. Berkat kesabaran dan tidak pernah berputus asa selama tujuh tahun, Allah makbulkan doa kami.

“Terima kasih pada mereka yang mendoakan saya dan anak. Saya mendoakan kita berada dalam keadaan baik pada saat kebimbangan orang ramai terhadap penularan virus COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Suraya dan suami, Mohd Johanif Mohamed Nadzirin hampir putus asa meneruskan rawatan bagi mendapatkan zuriat, selepas tiga tahun berkahwin. Namun, akhirnya Suraya disahkan hamil pada Jun lalu selepas melakukan pelbagai usaha selama enam tahun.

Suraya dan Mohd Johanif mendirikan rumah tangga pada April 2013.

Berita Harian X