Khamis, 4 Jun 2020 | 9:29pm
Tomok berkongsi wajah comel anak perempuannya yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, tengah hari tadi, di Instagram. Foto Ihsan Tomok
Tomok berkongsi wajah comel anak perempuannya yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, tengah hari tadi, di Instagram. Foto Ihsan Tomok

Tomok dapat anak perempuan

KUALA LUMPUR: Lama mengidam puteri, isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, tengah hari tadi.

Berkongsi berita gembira itu, Tomok memberitahu, isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengah hari.

Bayi comel seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Alhamdulillah impian mahukan anak perempuan ini lebih kepada isteri saya... Rezeki menyebelahinya.

"Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Kali ini, isteri saya ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti," kata Tomok kepada BH Online.

Tomok berkata, isteri dan bayi mereka sihat.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Berita Harian X