X
Sabtu, 4 Julai 2020 | 6:00pm
Eyka Farhana tidak menolak ketentuan takdir jika bertemu jodoh dengan pemain bola sepak kebangsaan dan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid. - Foto Eyka Farhana
Eyka Farhana tidak menolak ketentuan takdir jika bertemu jodoh dengan pemain bola sepak kebangsaan dan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid. - Foto Eyka Farhana

'Akhyar kelakar dan baik hati' - Eyka Farhana

KUALA LUMPUR: Barangkali, ramai sudah dapat menghidu hubungan mesra pelakon kecil molek, Eyka Farhana dengan pemain bola sepak kebangsaan dan

kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Pada Februari lalu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25.

Biarpun hanya berkongsi gambar belakang, kelibat jejaka berusia 21 tahun itu dapat ditebak ramai. Menerusi perkongsian entri Instagram, dua hari lalu, pelakon drama

Budak Tebing dam Nota Buat Cempaka itu memuat naik gambar berjalan bersama seorang lelaki dipercayai Akhyar.

Hubungan mesra Eyka Farhana dan Akhyar Rashid dapat dihidu biarpun hanya memuat naik gambar sudut belakang. - Foto IG Eyka Farhana
Hubungan mesra Eyka Farhana dan Akhyar Rashid dapat dihidu biarpun hanya memuat naik gambar sudut belakang. - Foto IG Eyka Farhana

Biarpun hanya mempamerkan sudut belakang, tetapi mereka mengenakan baju belang hitam putih sedondon, sekali gus membuktikan ada hati dalam taman.

Sejujurnya, Eyka berkata, dia enggan terlalu terbuka soal cinta, apatah lagi, mereka masih dalam proses mengenal hati budi.

"Cuma, apa yang boleh saya katakan, Akhyar seorang lelaki yang kelakar, baik hati dan paling utama, mementingkan keluarga.

"Jika berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa," katanya kepada BH Online.

Dijolok persoalan sejauh mana hubungan dan apakah sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, Eyka tidak menolak ketentuan takdir.

"Saya hanya mengikut rentak dalam hubungan. Pastinya, saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

"Saya percaya ada jodoh pasti tak ke mana. Doalah yang baik-baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Eyka sedang melunaskan baki penggambaran drama My Sweetheart Hannan sebanyak 26 episod.

"Saya bergandingan dengan Hafidz Roshdi. Sebelum ini, penggambaran dilakukan di Romania, beberapa bulan lalu.

"Sekarang, penggambaran bersambung di Kuala Lumpur sehingga Ogos depan," katanya.

Berita Harian X