Khamis, 3 September 2020 | 9:32pm

Mira, Emir sah suami isteri

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.

Anggun menggayakan busana kurung Pahang, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam.

Majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.

Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.

Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur

Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur
Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.

"Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.

"Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.

Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur

"Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir," kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.


Mira bersama ibu bapa pada majlis pernikahan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, sebentar tadi. Foto Ihsan Penganjur
Mira bersama ibu bapa pada majlis pernikahan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, sebentar tadi. Foto Ihsan Penganjur
Suami, Wan Emir Astar menyarungkan cincin di jari manis Mira Filzah. - Foto Ihsan Penganjur
Suami, Wan Emir Astar menyarungkan cincin di jari manis Mira Filzah. - Foto Ihsan Penganjur
Berita Harian X