Sabtu, 21 Disember 2019 | 8:36pm
Sebahagian daripada 116 pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta ahli keluarga mereka teruja apabila berpeluang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie di panggung wayang Element Mall, Bandar Hilir. - NSTP/Amir Mamat

Teruja tonton Ejen Ali The Movie

MELAKA: Seramai 116 pegawai dan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta ahli keluarga mereka teruja apabila berpeluang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie di panggung wayang Element Mall, Bandar Hilir, di sini, hari ini.

Ini kerana, filem ‘pecah panggung’ terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu, bukan saja berjaya menambat hati kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa.

Program itu diketuai Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abd Rahim.

Kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta ahli keluarga berpeluang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie. - NSTP/Amir Mamat
Kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta ahli keluarga berpeluang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie. - NSTP/Amir Mamat

Yang hadir sama, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff; Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr Goh Ong Sing; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr Rostam Affendi Hamzah dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Prof Madya Dr Umar Al-Amani.

Umar berkata, kejayaan filem animasi berkenaan mencatatkan satu sejarah besar apabila sistem teknikal yang jarang ditemui dalam mana-mana filem lain sebelum ini terdapat dalam Ejen Ali The Movie.

“Hari ini perkongsian teknikal itu disampaikan menerusi filem yang sekali gus memberi manfaat kepada penontonnya,” katanya.

Semalam, Ejen Ali The Movie berjaya mengungguli carta filem pecah panggung dengan meraih kutipan sebanyak RM25 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dengan kejayaan itu, membolehkan filem berkenaan melebarkan tayangannya ke Indonesia pada awal Januari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X