Isnin, 5 March 2018 | 11:15pm
SEORANG daripada pelukis mural, 'Mangorong' atau nama sebenarnya Ling Koh Yong sedang melihat ke arah mural yang baru separuh siap. - Foto Harun Yahya
SEORANG daripada pelukis mural, 'Mangorong' atau nama sebenarnya Ling Koh Yong sedang melihat ke arah mural yang baru separuh siap. - Foto Harun Yahya
MURAL yang sudah siap ini bakal menjadi daya tarikan di bandar Sibu. - Foto Harun Yahya
MURAL yang sudah siap ini bakal menjadi daya tarikan di bandar Sibu. - Foto Harun Yahya
ROBERT Lau (tengah) bergambar bersama pelukis-pelukis mural dan penaja di hadapan mural yang baharu dirasmikan. - Foto Harun Yahya
ROBERT Lau (tengah) bergambar bersama pelukis-pelukis mural dan penaja di hadapan mural yang baharu dirasmikan. - Foto Harun Yahya
KEEMPAT-EMPAT pelukis mural ini perlu duduk berbincang sebelum kerja bermula bagi menghasilkan hasil kerja yang seragam. - Foto Harun Yahya
KEEMPAT-EMPAT pelukis mural ini perlu duduk berbincang sebelum kerja bermula bagi menghasilkan hasil kerja yang seragam. - Foto Harun Yahya

Mural '7 Unsur Kemanusiaan' tarikan baru Sibu

SIBU: Lukisan mural gergasi melatari bahagian luar bangunan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sibu, menarik perhatian pengunjung yang bertandang ke bandar ini.

Bertemakan '7 Unsur Kemanusiaan', hasil seni pelukis muda terkenal Sibu, Kong Chak Kiong, dengan ketinggian hampir 100 meter dan lebar 36.5 meter itu diperakui antara lukisan mural terbesar di negara ini.

Chak Kiong atau lebih dikenali sebagai Jagung, berkata hasil kreativitinya dirancang sejak setahun lalu, itu adalah sebahagian daripada usaha memupuk semangat perpaduan dan keharmonian seiring kedudukan Sarawak sebagai negeri contoh Semangat 1Malaysia.

"Ia lebih mengetengahkan elemen kasih sayang iaitu tunjang utama unsur kemanusiaan. Ini tidak hanya membabitkan kasih sayang antara keluarga, tetapi juga merangkumi nilai persahabatan dan masyarakat," katanya.

Projek mural '7 Unsur Kemanusiaan' dihasilkan Chak Kiong dengan dibantu tiga rakan baiknya iaitu Ling Koh Yong, Hooi Chan Leong dan Yew Shu Chen. Ia dirasmikan sempena Mural Show Art 2.0 oleh pemilik premis berkenaan, Robert Lau Huin Yew, baru-baru ini.

MERCUN dinaikkan setinggi 5 tingkat sebelum dinyalakan sebagai tanda perasmian mural. - Foto Harun Yahya
MERCUN dinaikkan setinggi 5 tingkat sebelum dinyalakan sebagai tanda perasmian mural. - Foto Harun Yahya

Chak Kiong berkata, projek mural gergasi itu mengambil masa 23 hari untuk disiapkan, dengan pasukannya bekerja seawal jam 8 pagi hingga 10 malam.

Malah katanya pada hari terakhir, kerja menyiapkan mural berlarutan sehingga jam 12.30 malam bagi memastikan kesempurnaan.

"Mural ini mempamerkan identiti Sibu sebagai sebuah bandar ceria yang didiami penduduk pelbagai kaum dan agama, dalam keadaan penuh harmoni dan saling menghormati.

3 kali rekaan diubah

"Sejak setahun lalu projek ini bermula dengan proses mendapatkan kebenaran pemilik bangunan, kelulusan rekaan mural, selain mendapatkan tajaan kewangan dari pelbagai pihak.

"Malah rekaan mural ini terpaksa diubahsuai tiga kali sebelum rekaan akhir yang dapat dilihat hari ini, dipersetujui dan diluluskan pemilik bangunan," katanya.

Ditanya mengenai cabaran, beliau menjelaskan proses paling sukar adalah untuk bekerjasama dengan tiga pelukis lain, kerana biasanya setiap pelukis mempunyai gaya lukisan tersendiri.

PEMILIK bangunan, Robert Lau Hui Yew menyalakan mercun sebagai tanda merasmikan mural. - Foto Harun Yahya
PEMILIK bangunan, Robert Lau Hui Yew menyalakan mercun sebagai tanda merasmikan mural. - Foto Harun Yahya

"Kami perlu berbincang dan merancang dengan teliti agar gaya lukisan dapat diselaraskan sedikit gayanya demi menghasilkan mural yang lebih baik.

"Kesukaran mengecat warna yang betul pada waktu malam juga satu cabaran besar kerana kami tidak memiliki lampu limpah untuk menerangi keseluruhan kawasan. 

"Faktor cuaca juga memberi kesan terhadap tempoh menyiapkan kerja. Jika cuaca agak lembap, kami menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan terus bahagian yang dilukis...jika hujan terlalu lebat, kami terpaksa berhenti sehingga cuaca menjadi lebih baik, " katanya.

JAGUNG khusyuk mengecat satu daripada subjek dalam mural 'kemanusiaan' yang juga mural terbesar di Sarawak . - Foto Harun Yahya
JAGUNG khusyuk mengecat satu daripada subjek dalam mural 'kemanusiaan' yang juga mural terbesar di Sarawak . - Foto Harun Yahya

Mural '7 Unsur Kemanusiaan'

  • Mural terbesar negara dengan ketinggian hampir 100m dan lebar 36.5m.
  • RM40,000 - kos menyiapkan mural gergasi
  • 8 tin cat 20 liter dan 15 tin cat 5 liter digunakan
  • 23 hari tempoh mural disiapkan

Berita Harian X