Ahad, 24 March 2019 | 10:01am
PENGARAH Urusan Batuta Travel & Tours Sdn Bhd , Ab Ghani Mahmood. - Foto Salhani Ibrahim

Urusan haji, umrah berkualiti

MENAWARKAN kemudahan selesa kepada tetamu Allah sepanjang mengerjakan ibadat haji menjadi prinsip utama syarikat pengelola agensi umrah dan haji terkenal, Batuta Travel & Tours Sdn Bhd (Batuta Travel).

Perkhidmatan terbaharu terutama ketika jemaah di Mina ialah menyediakan transit di Hotel Tayeb 1 Shisha, iaitu penginapan yang berhampiran lokasi melontar batu di Jamarah, dengan jarak hanya satu kilometer (km) saja.

Pengarah Urusannya, Ab Ghani Mahmood, berkata kemudahan penginapan di hotel itu mula diperkenalkan tahun lalu berjaya membantu mengurangkan kesesakan ketika jemaah berada di dalam khemah di Mina ‘Muaasim’, selain dapat memendekkan jarak perjalanan dari Mina menuju ke Jamarah sehingga 30 peratus.

Kebiasaannya, jemaah haji terpaksa berjalan kaki berulang alik kira-kira 36 kilometer bagi melakukan ibadat melontar batu di tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Kubra.

“Apabila transit ini disediakan untuk jemaah haji menerusi agensi kami jarak perjalanan mereka lebih dekat iaitu hanya 25 km saja.


JEMAAH di bawah kendalian Batuta Travel & Tours (Batuta) ketika melakukan ibadat haji di Makkah.

“Jadi jemaah tidak rasa terlalu penat terutama warga emas dan uzur, selain dapat menjimatkan waktu dan masa selebihnya boleh berehat atau melakukan ibadat lain seperti membaca al-Quran.

“Transit disediakan dapat mengurangkan kesesakan jemaah ketika berada di dalam khemah Mina dan mengelak kurang selesa seperti terpaksa berhimpit-himpit. Ruang untuk berehat sangat terhad dan kemudahan tandas tidak banyak sehingga terpaksa menunggu lama. Situasi ini boleh menyukarkan perjalanan ibadat haji seseorang,” katanya kepada BH.

Menerusi perkhidmatan transit di hotel berkenaan dengan corak pengurusan lebih sistematik Batuta Travel berjaya memberi kepuasan kepada jemaah dan mendapat maklum balas positif.

“Justeru, perkhidmatan itu akan diteruskan tahun ini. Mengikut keputusan keseluruhan penilaian oleh Tabung Haji ‘PJH’ Syarikat Batuta Travel 2018M / 1439 Hijrah memperoleh markah 95.85 peratus

Ab Ghani berkata, pakej haji itu memberi kelebihan dan memudahkan jemaah terutama yang kurang stamina, tidak mampu berjalan jauh serta melancarkan perjalanan.

“Sejak agensi ini ditubuhkan 33 tahun lalu, kita tidak memberi sebarang masalah kepada jemaah. Saya bersyukur dapat menyediakan kemudahan dan kelengkapan terbaik buat jemaah.

“Mereka juga dapat beribadat dan berpeluang mengembara menyaksikan keindahan kota suci Islam, di Makkah dan Madinah dalam keadaan selesa dan mudah antara 35 hingga 43 hari,” katanya.

Mula beroperasi pada 1987, Batuta Travel yang beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan, adalah satu-satunya syarikat sah berdaftar di bawah Tabung Haji (TH) malah mampu bertahan sehingga sekarang berikutan pencapaian cemerlang dan berkualiti.

Ab Ghani berkata, syarikat itu dibuka selepas beliau mengalami pengalaman buruk ketika mengerjakan umrah dan haji kali pertama, pada 1980-an.

Katanya, mengerjakan umrah bersama 17 ahli keluarga pada 1986 dan penerbangan ditangguhkan tujuh kali tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun, beliau menarik nafas lega apabila syarikat itu berjaya mendapatkan penerbangan, malangnya jemaah perlu transit di Amman, Jordan semalaman tanpa dimaklumkan lebih awal.


JEMAAH di bawah kendalian Batuta Travel & Tours (Batuta) ketika melakukan ibadat haji di Makkah.

“Ketika mengerjakan ibadat haji kali pertama pada 1987 pula bersama 13 jemaah dari Kota Bharu. Penerbangan terlalu lama, jauh dan terpaksa transit di beberapa lokasi iaitu ke Bangkok, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung.

“Pengalaman itu saya jadikan panduan dan bertekad menubuhkan agensi ini dengan memegang prinsip iaitu ‘kapal terbang bersama Jemaah terbang…‘’

“Saya komited memberi perkhidmatan terbaik untuk jemaah umrah dan haji,” katanya.

Ab Ghani berkata, selain mempunyai lesen mengendalikan jemaah haji daripada TH dan Lesen Khas Umrah (LKU), bagi melancarkan perkhidmatan itu setiap agensi bertauliah perlu memiliki tiga kriteria utama iaitu sudah ada tempat penginapan atau hotel diluluskan, mengendalikan visa dan tiket penerbangan.

“Batuta Travel memiliki semua garis panduan ditetapkan TH dan Kedutaan Arab Saudi. Pakej ditawarkan memberi keselesaan kepada jemaah iaitu tiga kali makan sehari serta jarak penginapan yang lebih dekat,” katanya.

Syarikat itu juga turut menyediakan pakej umrah selama 14 hari yang jarang ditawarkan oleh kebanyakan agensi lain, iaitu 10 malam di kota Makkah dan empat malam di Madinah.

Bagi sesi ibadat haji tahun ini, Batuta Travel menyediakan tiga pakej, bermula pada harga RM29,900 hingga RM50,900. Bakal haji yang mendaftar sebelum 5 April ini berpeluang mendapat diskaun antara RM500 sehingga RM1,000 .


JEMAAH di bawah kendalian Batuta Travel & Tours (Batuta) ketika melakukan ibadat haji di Makkah.

Info

Batuta Travel & Tours

* Beroperasi sejak 1987

* Alamat Ibu Pejabat : Lot 903&904, Tingkat 1, Bangunan PKDK, Jalan Dato. Pati 1,500 Kota Bharu, Kelantan

Pakej:

* Pakej Noah : antara RM29,000 - RM34,900

* Burj Sultan : antara RM31,900 - RM40,900

* Pakej Swiss Maqdam (5 bintang) : antara RM40,900 - RM50,900

Bakal haji yang ingin mendaftar boleh menghubungi Ab Ghani di talian 012 297 4552, Adibah Sabira (012 235 0652) atau pejabat (09 7446252)Sebarang pertanyaan lanjut layari laman web www.batutatravel.com.my.

Berita Harian X