Ahad, 26 Mei 2019 | 10:00am
MOHD Farouk Ramli menyusun lemang yang telah siap mengikut saiz dan harga di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
MOHD Farouk Ramli menyusun lemang yang telah siap mengikut saiz dan harga di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

Ulu Klang, lokasi pelancongan makanan tradisi

SETIAP tahun ketika menjelang akhir Ramadan, keadaan aliran lalu lintas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ulu Klang, Kuala Lumpur berhadapan Zoo Negara bertukar menjadi perlahan terutamanya seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Bukan kesesakan disebabkan orang mula berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman, tetapi kerana kawasan itu kebiasaannya menjadi tumpuan warga kota membeli pelbagai menu utama pagi raya.

GERAI lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
GERAI lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

Sudah tentu lemang dan kuih-muih menjadi menu ‘wajib’ sejak zaman-berzaman antara yang menjadi tarikan memandangkan lokasi berdekatan susur masuk ke Taman Permata dan Taman Melawati itu meriah dengan deretan kedai lemang yang sudah menjadi tradisi sejak lebih empat dekad lamanya.

Selain itu, orang ramai yang berpeluang membakar lemang dan membuat ketupat di persekitaran kediamannya di ibu negara juga akan berkunjung ke pelbagai kedai yang juga terletak bersebelahan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk mendapatkan bahan penting membuat lemang.

Antaranya bahan yang didapati terus pengusaha Orang Asli seperti buluh, kayu api, daun pisang hutan dan daun kelapa untuk dianyam menjadi kelongsong ketupat.

Dek kerana lokasi yang menjadi jalan utama menuju ke negeri pantai timur khususnya laluan destinasi pelancongan popular ke Genting Highlands, Bukit Tinggi, peniaga sibuk membakar lemang di kiri dan kanan dengan asap umpama kabus itu segera mendapat perhatian pelancong.

Lokasi tumpuan pelancong

Lantaran, secara tidak langsung deretan kedai lemang yang sudah beroperasi sejak sekian lama di situ turut menjadi lokasi pelancongan bermusim.

Salah satu kedai popular iaitu Pak Ali Lemang Asli, memulakan perniagaan di kawasan itu sejak 35 tahun lalu sering mendapat tetamu ‘luar’. Pengunjung kagum dengan proses penyediaan makanan tradisi Melayu cukup unik selain rasanya yang lazat.

SUASANA Tamu Ahad Sabindo di Jalan Habib Sheikh yang beroperasi secara rasmi mulai hari ini bagi menggantikan Tamu Mingguan Takada, bakal menjadi tarikan baharu bandar Tawau. STR/Abdul Rahemang Taiming.
SUASANA Tamu Ahad Sabindo di Jalan Habib Sheikh yang beroperasi secara rasmi mulai hari ini bagi menggantikan Tamu Mingguan Takada, bakal menjadi tarikan baharu bandar Tawau. STR/Abdul Rahemang Taiming.

ORANG ramai membeli lemang di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
ORANG ramai membeli lemang di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

RENDANG di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
RENDANG di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

Pemilik gerai di situ, Batriah Najib Hasbi, 39, berkata kemeriahan baginya berniaga setiap tahun apabila menjelang musim perayaan, memandangkan banyak kedai makanan tradisional di sekitar kedainya beroperasi.

“Saya suka apabila ada banyak kedai dibuka di sini, secara tidak langsung memperkenalkan lagi kawasan ini sebagai lokasi utama untuk warga kota mendapatkan pelbagai makanan tradisional khusus menjelang Aidilfitri mahupun apa sahaja penganjuran majlis.

“Malah lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong memandangkan kedai saya juga sering dikunjungi pelancong terutamanya dari China, Arab Saudi, Iran, Iceland, beberapa negara dari Eropah mahupun Asia,” katanya.

Batriah berkata, kedainya mula sibuk dengan tidak menang tangan seminggu menjelang Aidilfitri khususnya tiga hari sebelum perayaan besar umat Islam itu.

8,000 lemang raya

“Kedai beroperasi sepanjang tahun, namun akan tutup jika berlaku kecemasan. Biasanya setiap hari dianggarkan lebih 300 batang lemang dijual. Namun, bilangan bertambah berganda seminggu sebelum raya.

“Saya menyasarkan lebih 8,000 lemang dengan penambahan bilangan pekerja bermula seminggu sebelum raya ini,” katanya yang turut menjual lemang, ketupat, lontong, rendang, kuih-kuih raya dan dodol.

PEMAKAR Lemang, Muzakir Abu Bakar membakar lemang dibahagian belakang gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
PEMAKAR Lemang, Muzakir Abu Bakar membakar lemang dibahagian belakang gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

MUZAKIR membakar lemang dibahagian belakang gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
MUZAKIR membakar lemang dibahagian belakang gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

BAKAR lemang di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.
BAKAR lemang di gerai lemang Pak Ali, Jalan MRR2, Hulu Klang. NSTP/Zulfadhli Zulkifli.

Pembakar lemang, Muzakir Abu Bakar, 36, berpengalaman tujuh tahun menyiapkan makanan tradisional itu berkata cabaran dan suasananya berbeza apabila menjelang 1 Syawal setiap tahun.

“Seperti hari biasa saya berdua membakar lebih 300 batang lemang sehari, namun berbeza seminggu sebelum raya terutamanya tiga hari sebelum itu yang memaksa saya untuk membakar 24 jam tanpa henti.

“Membakar lemang dalam kuantiti banyak dan dengan dua tenaga kerja, kami bergantung kepada air di sebelah untuk membasuh muka.

Tumpuan lensa pengembara

Katanya, namun berbeza bila tiba sebelum raya, ketika itu buka saja memerlukan air tetapi perlu menggunakan ais kerana perlu membakar dalam kuantiti banyak selain mengawal api supaya lemang masak sempurna,” katanya yang sering menjadi tumpuan lensa kamera pelancong ketika bekerja.

Sementara itu, pembeli Zaleha Shaari, 32, berkata Jalan Hulu Kelang ini antara lokasi wajib dikunjungi setiap tahun untuk mendapatkan pelbagai makanan tradisi bagi di bawa pulang beraya ke kampung.

“Saya dan suami selalu memborong lemang, ketupat dan rendang di sini setiap tahun untuk membawa pulang ke kampung di Keratong, Pahang. Biasanya saya beli lebih untuk rumah sendiri dan rumah mak di kampung.

“Laluan ini sudah terkenal sejak dulu dan saya tidak ketinggalan membeli walaupun tahu jalan itu sesak sikit terutama dua hari sebelum raya,” katanya.

INFO

* Lebih 10 gerai lemang sekitar Jalan MRR2, Ulu Klang akan beroperasi meriah seminggu menjelang 1 Syawal.

* Harga barangan dijual seperti:

i - Lemang siap harga bermula RM12 hingga RM20 (saiz berbeza)

ii - Rendang ayam - RM15 (bekas petak)

iii - Rendang daging - RM10 (bekas bulat)

iv - Kayu api pokok getah - RM5 seikat

v - Buluh lemang - RM2 sebatang

vi - Daun pisang hutan - RM6 seikat

Berita Harian X