Ahad, 22 September 2019 | 10:02am

Berbasikal keliling Balik Pulau

Oleh Suzalina Halid

[email protected]

Bangkit

seawal jam lima pagi bagi mengikuti pakej berbasikal di Balik Pulau, Pulau Pinang, baru-baru ini ternyata berbaloi kerana bukan sekadar menjalani aktiviti sihat, malah yang pasti dapat melihat keindahan panorama indah di kawasan berkenaan.

Umpama menyelam sambil minum air, pakej berbasikal yang dikendalikan Matahari Cycle Tours & Travel ini amat istimewa kerana laluan trek sejauh lima kilometer (km) itu, bukan hanya membabitkan perjalanan kosong.

Menariknya kita dapat menyaksikan pemandangan sawah padi yang menghijau, hutan paya laut yang redup dan berakhir di hentian tepi Pantai Malindo, ia membuatkan penat-lelah mengayuh basikal bukit yang mengambil masa kira-kira tiga jam nyata tidak terasa langsung.

Perjalanan bermula dari Kompleks Sukan Balik Pulau melalui ‘trail’ dan berakhir di Pantai Malindo, di mana tempat berlabuhnya hasil laut oleh sekumpulan nelayan tempatan.

Hentian pertama di Taman Paya Baka, penulis dapat melihat pokok paya sambil diberi sedikit taklimat mengenai ekosistem yang berada dalam hutan berkenaan.

Lihat 200 spesies burung

Pengarah Urusan Matahari CycleTours & Travel, Syed Jaafar Ghouse, berkata selain hutan paya bakau, lokasi ini juga menempatkan kira-kira 200 spesies burung khususnya helang dan burung pipit.

“Hutan paya bakau ini adalah destinasi perlindungan kepada kira-kira 200 jenis spesies burung yang akan me­­ningkat kepada dua kali ganda ketika berlakunya musim migrasi.

“Hutan ini turut memberi jasa buat penduduk sekitar kerana ia menjadi antara pelindung ketika berlakunya ancaman tsunami di negara ini termasuk di beberapa perairan di Pulau Pinang,

katanya.

Meneruskan perjalanan ke hentian seterusnya, nasib kami bersama kira-kira 24 penunggang basikal lain baik kerana dapat melihat keindahan sawah padi di Sungai Korok yang ketika itu sedang ‘masak’, maka pemandangan indah itu tidak seharusnya disia-siakan daripada kamera telefon bimbit.

Pelancong berbasikal

Syed Jaafar berkata, sawah ini diusahakan oleh penduduk kampung dengan hasilnya dijual kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Katanya, sawah padi ini antara perhentian ‘kegemaran’ peserta pakej basikal khususnya terdiri daripada pelancong dari negara luar dan detik itu lebih bermakna ketika mereka sendiri dapat menyaksikan proses menuai padi.

“Kadang-kala jika kebetulan adanya pegawai penyelidik MARDI yang datang ke tapak sawah, bolehlah pelancong khususnya dari luar negara ini mendapat maklumat lebih mengenai tanaman padi di sini,

katanya.

Hentian terakhir di Pantai Malindo ti

dak sah jika tidak merasai laksa dan air kelapa sambil ‘mencuci mata’ melihat hasil laut seperti ikan siakap, ikan jenahak, sotong dan udang pada harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.

Syed Jaafar berkata, pakej berbasikal di Balik Pulau ini unik kerana selain menikmati eko pelancongan dengan keindahan alam semula jadi, peserta juga boleh merasai

makanan tradisi di sini seperti kuih talam dan apam balik.

Berbanding pelancong tempatan, pakej berbasikal mengelilingi kawasan Balik Pulau ini lebih berjaya mencuri pelancong luar negara yang m

emang mendambakan keunikan kehidupan tradisi di kampung, selain pemandangan semula jadi.

“Kami tidak putus-putus menerima kehadiran pelancong dari New Zealand, Brazil, Kanada dan Australia yang seperti kita tahu mereka memang cintakan alam semula jadi walaupun kita tunjukkan daun semalu dan teruja.

“Pelancong biasanya mendapat maklumat mengenai pakej ini melalui laman sesawang ‘trip advisor’, malah kami juga pernah terpaksa bertugas pada hujung minggu semata-mata memenuhi impian pelancong dari Brazil yang memang ingin menyertai acara berbasikal ini, “ katanya.

Teroka hutan paya bakau

Beliau berkata, bagi pakej sebenar acara berbasikal di Balik Pulau, ia menawarkan perjalanan sejauh lapan kilometer (km) dan 35 km melalui lalian ‘trail’ pada harga RM250 dan RM350.

“Kami menyediakan basikal bukit (mountain bike) kepada semua peserta, selain menyediakan kemudahan makan tengah hari bagi pakej 35 km, selain turut ‘berhenti’ di warung bagi memberi peluang kepada mereka menikmati makanan tradisi,

katanya.

Pihaknya percaya pakej berbasikal ini berupaya menjadi antara tarikan utama pelancong ke Balik Pulau dalam meneroka eko pelancongan, se

lain aktiviti lain ditawarkan iaitu mendaki dan meneroka hutan paya bakau dengan menaiki bot.

Berita Harian X