Ahad, 5 Januari 2020 | 10:30am
KAWAH Gas Darvaza.
KAWAH Gas Darvaza.
ORANG ramai mengellilingi Kawah Darvaza bagi mengdapatkan kehangatan habanya pada waktu malam.
ORANG ramai mengellilingi Kawah Darvaza bagi mengdapatkan kehangatan habanya pada waktu malam.
DERETAN khemah dipasang pengunjung untuk bermalam di sekitar Kawah Darvaza.
DERETAN khemah dipasang pengunjung untuk bermalam di sekitar Kawah Darvaza.

Kawah berapi tarikan pelancong

Jangan terkejut apabila anda sampai di bumi Turkmenistan, terpampang poster indah sebuah kawah berapi menyambut kehadiran pelancong dengan kata-kata ‘Pintu ke Neraka’.

Ia adalah ikon pelancongan buat negara bekas jajahan Kesatuan Soviet bagi menarik orang ramai untuk mengunjungi padang pasir Karakum yang dahulunya tandus, tiada berpenghuni serta tiada tarikan.

Kawah Gas Darvaza sebenarnya adalah medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli pada 1971.

Kawah ini kemudiannya dibakar untuk mencegah penyebaran gas metana dan sejak itu, api di dalam kawah ini tidak pernah padam dan kawah ini terus terbakar sehinggalah hari ini.

Kawah ini juga dikenali sebagai “The Door to Hell”, atau pintu ke neraka. Melihat akan keadaan api yang menyala (membara) ia begitu menakutkan.

Pakar geologi Turkmenistan, Anatoly Bushmakin, berkata keputusan saintis untuk membakarnya dengan harapan ia akan padam selepas beberapa minggu.

Katanya, bagaimanapun, sudah lebih 50 tahun kebakaran masih berlaku dan tiada tanda untuk padam.

ORANG ramai mengellilingi Kawah Darvaza bagi mengdapatkan kehangatan habanya pada waktu malam.
ORANG ramai mengellilingi Kawah Darvaza bagi mengdapatkan kehangatan habanya pada waktu malam.

“Ia kelihatan terang benderang pada waktu malam, malah ramai pengunjung siap berkhemah di sekeliling kawah.

“Jika dilihat pada siang hari, tiada menunjukkan sebarang aktiviti di kawasan sekelilingnya,” katanya.

Menariknya, Kawah Gas Darvaza, selepas lima dekad terbakar ia tidak pernah mengeluarkan gas beracun dan ini membuatkan orang ramai teruja untuk mengunjunginya.

Kawah gas asli berkenaan memiliki kedalaman 30 meter dan 69 meter lebar dipercayai antara simpanan gas antara terbesar di dunia.

Terletak di tengah padang pasir Karakum iaitu 260 kilometer di utara Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.

Tiada pengangkutan terus ke Kawah Gas Darvaza, bagaimanapun semua bas yang menuju ke utara dari Ashgabat ke Dashoguz (dan ke selatan) memintas kampung Darvaza.

Ini bermakna pengunjung terpaksa berhenti di lebuh raya dan berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke kawah. Bagaimanapun, dinasihatkan mendapat bantuan perkhidmatan sewa van atau kenderaan pacuan empat roda.

DERETAN khemah dipasang pengunjung untuk bermalam di sekitar Kawah Darvaza.
DERETAN khemah dipasang pengunjung untuk bermalam di sekitar Kawah Darvaza.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X