Ahad, 12 April 2020 | 11:15am
KELOPAK bunga sakura berkembang mekar mewarnai bandar raya Wuhan. Foto/Agensi
KELOPAK bunga sakura berkembang mekar mewarnai bandar raya Wuhan. Foto/Agensi

Bunga sakura mekar mewarnai Wuhan di kala dilanda COVID-19

Negara matahari terbit, Jepun sememangnya sinomin dengan musim bunga sakura. Apabila tiba musim ia begitu meriah dengan pesta dan perayaan tradisi khususnya di bandar raya Tokyo dan Osaka.

Keindahan kuntuman bunga mekar mewangi dengan kelembutan warna merah jambu lembut dan putih membuatkan jutaan orang dari seluruh dunia ingin berkunjung ke bandar raya itu.

Malah, setiap setiap tahun suasana nampak tenang dan damai dengan deretan pepohon sakura rendang mekar berbunga di merata-rata tempat dan jalanan.

Bagaimanapun, suasana itu pastinya amat berbeza pada tahun ini, apabila penganjuran temasya bunga sakura terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.

Sebelum perintah berkurung, masih ada rakyatnya yang sanggup berjalan santai melihat bunga sakura dengan memakai topeng muka.

Mekar bunga

Situasi sama di Wuhan, China, wilayah yang menjadi pusat penyebaran COVID-19, tahun ini, lengang tiada pengunjung dan rakyatnya tidak sebebas selalu, mahu melihat bunga sakura.

Mekar kelopak bunga sakura berkembang mekar tampak terus mewarnai bandar raya itu, khususnya pada bulan lalu.

Ia seakan memberi sinar baharu dan harapan kepada wilayah terbabit yang menjalani perintah berkurung sejak 24 Januari lalu bagi membendung penularan COVID-19.

Lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan bunga itu adalah di sekitar Universiti Wuhan, yang kebiasaannya dipenuhi orang ramai seronok melihat pokok sakura.

Li Hao merakamkan keindahan bunga sakura yang dapat dilihat di sekitar Universiti Wuhan. Foto/Agensi
Li Hao merakamkan keindahan bunga sakura yang dapat dilihat di sekitar Universiti Wuhan. Foto/Agensi

Dirakam dengan dron

Walaupun tahun ini, tempat berkenaan tidak dibanjiri orang ramai, namun keindahan bunga Sakura umpama bayangan syurgawi.

Keindahan itu berjaya dirakam dan masih dapat dilihat apabila seorang tenaga pengajar yang tinggal di kampus universiti berkenaan sepanjang perintah berkurung, dikenali dengan nama Li Hao menggunakan dron gambar kecantikan bunga sakura.

“Saya percaya musibah atau masalah yang melanda pasti akan berakhir.

“Sama seperti bunga sakura, lambat-laun, ia pasti mekar. Saya percaya perkara itu pasti terjadi selagi kita tidak berputus asa,” katanya.

Lihat keindahan bunga secara maya

Lebih 1,000 pepohon bunga sakura tumbuh di sekitar perkarangan kampus universiti itu, malah ada antara pokok tertua di kawasan itu yang dianggap hadiah dari Jepun pada 1970, ketika kedua-dua antara China dan Jepun bagi mewujudkan hubungan diplomatik.

Ketika perintah berkurung penduduk tempatan yang ingin menikmati keindahan bunga sakura, ia boleh dilakukan secara dalam talian.

Pihak universiti meletakkan kamera di serata kampus, sekali gus menawarkan pemandangan bunga Sakura di beberapa aplikasi seperti Taobao dan WeChat.

Kini suasana berbeza. Penduduknya lega selepas 76 hari menjalani perintah berkurung Wuhan yang mempunyai populasi 11 juta orang, pada Rabu lalu, pintu masuk dan keluar bandar itu dibuka tepat jam 12 tengah malam, sekali gus disambut meriah penduduknya dengan pertunjukan lampu. -Agensi

Berita Harian X