Selasa, 10 Julai 2018 | 9:45am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Bau nafas menjijikkan

Amalan standard bagi sesetengah individu, memberus gigi dua kali setiap hari iaitu, pada waktu pagi dan malam.

Dianggarkan 35 hingga 45 peratus manusia seluruh di dunia mengalami halitosis atau lebih dikenali sebagai mulut berbau pada satu tahap dalam hidup mereka.

Berdasarkan kajian dijalankan di Amerika Syarikat situasi itu dianggap sebagai satu bentuk ketidakupayaan sosial. Malah, seorang daripada tiga penduduk dunia menghidap halitosis pada kadar sederhana hingga teruk.

Punca utama nafas berbau ialah tidak memberus gigi dengan betul, gigi rosak atau karies gigi, penyakit gusi seperti periodontium dan mulut kering.

Pakar Naturopatik, Michelle Irving, berkata penggunaan ubat gigi dapat mengatasi masalah kesihatan oral lain seperti gigi kekuningan, kaviti dan membantu ke arah gusi yang lebih sihat.

Katanya, penggunaan produk ubat gigi bersesuaian dapat membantu mengurangkan masalah nafas berbau dan sebagainya.

"Pemilihan ubat gigi yang tepat dan bebas daripada kandungan bahan kimia seperti perasa, pewarna tiruan dan paraben boleh meninggalkan kesan berbahaya kepada kesihatan.

"Kandungan ubat gigi dengan 100 peratus kandungan tumbuhan dan herba sebagai asas kepada tumpuan penjagaan kesihatan oral untuk permulaan anda," katanya pada majlis pelancaran ubat gigi semula jadi dari New Zealand, Red Seal, di ibu kota, baru-baru ini.

Irving berkata, bahan semula jadi yang bersifat penyembuhan dan melegakan seperti jintan, cengkih, madu propolis dan pudina amat membantu memberikan kesegaran dan kesihatan oral.

"Rangkaian ubat gigi diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi dapat memberikan perlindungan gusi, membantu mencegah pendarahan gusi dan mengekalkan kesihatan mulut untuk kesegaran sepanjang hari.

"Ubat gigi dihasilkan daripada bahan herba membantu kesegaran nafas dan tahan lebih lama," katanya.

INFO:

Tip hilangkan nafas berbau

* Membersihkan gigi setiap hari

* Bersihkan lidah

* Minum air paling kurang dua liter sehari.

* Elakkan guna pencuci mulut beralkohol.

* Mengunyah gula getah tanpa gula.

* Pemeriksaan doktor setiap enam bulan.

Kepentingan lain ubat gigi

* Membantu menghilangkan dakwat pada baju.

* Mengilatkan kuku, skrin telefon bimbit dan seterika.

* Menghilangkan kesan calar pada permukaan kaca pintu kabinet dapur

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X