Ahad, 11 November 2018 | 10:38am
FIRHAT Yasir bersama hidangan masakan salai. - NSTP/Asyraf Hamzah
FIRHAT Yasir bersama hidangan masakan salai. - NSTP/Asyraf Hamzah
PELBAGAI pilihan lauk salai di Om Salai Pusat Islam Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah
PELBAGAI pilihan lauk salai di Om Salai Pusat Islam Kuala Lumpur. - NSTP/Asyraf Hamzah

Bau daging salai mengetuk selera

BAU asap dari kayu api pada setiap lauk yang dihidangkan boleh mengetuk selera pengunjung yang singgah ke gerai makan Om Salai di Kafeteria, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Beroperasi setahun yang lalu, gerai itu menghimpunkan makanan salai seperti ikan keli, daging, itik, ayam dan telur itik diangkat dari masakan tradisional Negeri Sembilan, masak lemak cili api.

Pemiliknya, Firhat Yasir Omar, berkata idea membuka gerai itu adalah inspirasi daripada arwah ayahnya yang juga bekas wartawan dan pemilik salah satu majalah hiburan, Omar Manan (OM).

MASAK lemak daging salai.
MASAK lemak daging salai.

Katanya, arwah ayah adalah peminat makanan salai dan memberi menginspirasikan nama kedai ini sebagai Om Salai sempenanya.

“Saya memang memilih makanan salai ini kerana tidak banyak kedai makan di Kuala Lumpur yang menjual makanan salai.

Keistimewaan saya hanya fokus kepada masakan salai masak lemak cili api,” katanya.

Guna pes asli

Masakan salai digemari kerana menganggap ia sebagai makanan ‘malar segar’ dan menariknya restorannya memaparkan resipi asli.

Resipinya turuntemurun dan saya hanya ubah sedikit dengan menjadikan ia sebagai pes bagi memudahkan dan mempercepatkan proses memasak, namun rasa tetap asli.

“Pes disediakan di rumah dan di bawa ke gerai untuk di masak yang mengambil masa hanya 10 minit.

MASAK lemak ayam salai.
MASAK lemak ayam salai.

Bagaimanapun proses menyalai bahan utamanya seperti itik, keli, ayam dan daging di beli setiap minggu daripada pembekal yang cukup berpengalaman menggunakan kayu hutan di kampung,” katanya. terdekat.

Pelanggan datang daripada pelbagai peringkat dan kawasan berkenaan juga mudah dikunjungi.

Berita Harian X