Rabu, 12 Disember 2018 | 5:48pm

Rasai salji berguguran setiap 30 minit di LEGOLAND® Malaysia

Disember datang lagi dan bulan ini cukup istimewa kerana Krismas bakal tiba diikuti sambutan tahun baru. Percikan bunga api dengan sorakan kegembiraan akan dirasai setiap kali menyambut Tahun Baru.

Bagi kita yang tinggal di negara beriklim Khatulistiwa, tentunya mustahil untuk menyambut ketibaan musim sejuk dengan salji berguguran hingga permukaan bumi ditutupi salji sebagaimana negara empat musim setiap kali menjelang Krismas.

Tapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menikmati pengalaman manis bermain salji di negara kita kerana LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri, Johor akan memenuhi impian anda.

Selain tarikan utama LEGOLAND® iaitu Taman Tema Air LEGOLAND® dan Taman Tema LEGOLAND® yang menyediakan pelbagai aktiviti air serta membolehkan pengunjung bergembira seisi keluarga, percaya atau tidak LEGOLAND® akan berubah wajah bagaikan berada di negara empat musim. Saksikan wajah musim sejuk ‘Brick-Tacular’ di LEGOLAND®.

Abadikan memori ‘Winter Wonderland’ di LEGOLAND® sebagai percutian hujung tahun terbaik bersama keluarga tercinta dengan menyaksikan salji berguguran di hadapan Big Shop setiap 30 minit, sekali gus menjadikannya sambutan paling unik di Malaysia.

Bukan itu saja, rasai juga nikmat snek sejuk sambil melihat rusa kutub LEGO® yang direka cantik bersama makhluk mitos, elf yang menakjubkan.

Sudah tentu kesinambungan tradisi tahunan di LEGOLAND® Malaysia menggamit kenangan. Antaranya hiasan lampu pada pokok Krismas LEGO® Duplo tertinggi di Asia Tenggara yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO®.

Pengunjung juga disajikan dengan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema itu sebagai tanda ucapan selamat tinggal 2018.

Seterusnya menjelang sambutan Tahun 2019 pada malam sama, pengunjung dapat menyaksikan bongkah-bongkah LEGO® yang jatuh dari langit ketika pertunjukan bunga api 3D LEGO® berlangsung.

Selepas menikmati kecantikan musim salji di LEGOLAND® Malaysia, pengunjung boleh merehatkan diri di Hotel LEGOLAND® yang terletak bersebelahan taman tema.

Binaan hotel persis susunan LEGO itu menjadi antara keunikan Hotel LEGOLAND®. Malah di lobi hotel saja terbentang hiasan menarik yang diperbuat daripada LEGO.

Kanak-kanak boleh bermain dengan ribuan kepingan LEGO yang disediakan sementara menunggu ibu bapa berurusan di kaunter.

Hotel LEGOLAND® menyediakan 258 bilik untuk pengunjung dengan empat tema pilihan iaitu LEGO Pirate, LEGO Kingdom, LEGO Adventure dan LEGO NINJAGO pada harga bermula RM670 semalam.

Jika anda pemilik pas premium, selain boleh mendapatkan harga bilik promosi, keluarga dan rakan juga boleh memperoleh diskaun bayaran masuk ke taman tema dan taman tema air.

Lebih menyeronokkan, pelbagai aktiviti menarik bertemakan musim percutian turut disediakan untuk seisi keluarga antaranya, cabutan bertuah Kalendar Advent LEGO® yang memaparkan 31 tingkap (hari) dalam bulan Disember di mana setiap hari seorang pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada jam tujuh malam.

Hadiah menarik bernilai sehingga RM100,000 menanti pengunjung termasuk percutian hadiah utama berupa percutian empat sekeluarga ke LEGOLAND Billund di Denmark, baucer petrol dan permainan LEGO® termasuk LEGO® Star Wars dan NINJAGO™ yang akan disampaikan pada 25 Disember.

Aktiviti pembinaan LEGO® musim perayaan juga antara yang menarik untuk kanak-kanak seperti membina orang salji dan pokok Krismas LEGO® mengikut kreativiti sendiri.

Pastinya mereka lebih seronok dengan aktiviti LEGO® Santa’s Grotto dan berpeluang bertemu Santa Klaus. Apa kata hantarkan surat kepada Santa Klaus untuk berkongsi impian.

Malam masih muda, teruskan berhibur dengan berkunjung ke Jingle Bell Ball iaitu majlis tari-menari LEGOLAND® Malaysia Resort dan turut berpeluang menari bersama makhluk mitos elf termasuk watak-watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon dan LEGO® Toy Soldier yang bakal membuat penampilan khas di majlis tari-menari itu nanti.

Nikmati percutian ‘Brick-Tacular’ LEGOLAND® Malaysia Resort yang paling unik melalui tempahan tiket di laman web www.legoland.com.my . Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi, aktiviti dan perayaan boleh ikuti Facebook dan Instagram LEGOLAND® Malaysia Resort.

Bagi mengalami percutian sekolah yang paling sempurna sepanjang bulan ini, jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi yang ditawarkan.

Antaranya, Bonanza Hujung Tahun (Hotel LEGOLAND®) untuk tempahan 15 November hingga 15 Disember dan tempoh penginapan pada 15 November 2018 hingga 15 Januari 2019 (tempoh tanpa promosi dari 21- 31 Disember 2018). Diskaun 15 peratus bagi kadar bilik.

Hadiah dengan Pembelian (GWP) bagi tempoh Beli-Belah 1 hingga 30 Disember 2018 dan dapatkan hadiah Krismas LEGO® percuma dengan pembelian sekurang-kurangnya RM449.

Berita Harian X