Sabtu, 28 Disember 2019 | 4:14pm
RAIKAN kedatangan tahun baharu dengan pertunjukan bunga api di Resorts World Genting.
RAIKAN kedatangan tahun baharu dengan pertunjukan bunga api di Resorts World Genting.

Akhiri detik 2019 di puncak Genting

2019 bakal melabuhkan tirainya dan sudah tentu ramai merancang agenda tersendiri bagi meraikan tahun baharu dengan pelbagai aktiviti menarik.

Bagi yang belum ada perancangan khusus meraikan tahun baharu, apa kata sertai kemeriahan orang ramai di Resorts World Genting.

Ini kerana destinasi itu antara strategik menyaksikan pertunjukan bunga api selain paling sesuai untuk bergembira bersama teman atau keluarga tersayang.

Akhiri detik 2019 dengan menikmati hidangan enak di samping melihat percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam.

Antaranya, orang ramai boleh mengunjungi Park Avenue Lounge, FUHU; High Line Rooftop Market, SkyAvenue yang menjanjikan pemandangan jelas dalam kepekatan malam, sekali gus melihat limpahan cahaya bunga api.

Jika cuaca baik pertunjukan bunga api akan dijadualkan semula pada jam 8 malam hari berikutnya, 1 Januari.

Pilihan lain, bagi yang mahu meraikan sambutan tahun baharu dengan acara makan malam, mereka dinasihatkan membuat tempahan awal kerana lazimnya sukar untuk menikmati makan malam disebabkan kedatangan pelawat yang ramai, terutama di dek terbuka di tempat empat di Sky Avenue itu.

Restoran lain yang dicuba, Park Avenue Lounge yang menawarkan set enam pilihan menu makan malam, atau mahu hidangan bufet di Genting Grand’s Coffee Terrace atau The Olive menawarkan lima sajian makan malam tahun baharu.

Selepas lapan minit berakhir pertunjukan bunga api, pelanggan restoran boleh terus berada di zon itu menghayati kedinginan udara atau beralih untuk berparti.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X