Ahad, 12 Ogos 2018 | 4:59pm
KAFE Mansion 1969. - Foto Farhany Rahman
Reka bentuk kafe Mansion 1969 di Banting. - Foto Farhany Rahman

Nostalgia Mansion 1969

NIKMAT menjamu selera bukan sahaja terletak pada menu, kelazatan makanan, malah juga suasana dan dekorasi sesebuah kafe atau restoran yang dikunjungi.

Bagi kafe Mansion 1969, terletak di persimpangan jalan keluar Teluk Panglima Garang, di Lebuhraya Klang Valley (SKVE) dan Jalan Klang-Banting, turut mengujakan orang untuk singgah.

Berkonsepkan kafe hipster, sebaik pintu dibuka anda melihat koleksi barangan antik, basikal vintaj terletak pada tembok dan di seberang terdapat sebuah kamera studio antik berdiri.

Kebun buah dengan pokok durian dan rambutan di belakang kafe, boleh juga dinikmati sambil melihat kehijauannya.

Di sediakan dengan pelbagai makanan tempatan dan barat, antara menu yang paling popular di sini ialah Nasi Goreng Bali yang berharga RM14.

Hidangan ini nampak mudah tetapi rasanya sangat lazat. Ia mempunyai rasa seperti 'homecooked'. Walaupun nampak seperti biasa tetapi rasanya seperti anda berada di restoran mewah yang membuatkan anda menyukainya.

ANTARA pelanggan yang menikmati makanan disini. - Foto Farhany Rahman

Antara hidangan lain yang popular adalah "The Golden Age Mee Hoon", ia adalah bihun goreng yang mempunyai sayur-sayuran di atasnya serta telur dan daging dengan harga RM13.

Walaupun kelihatan pelik di luarannya, tetapi rasanya seperti Mi Kanton (Cantonese Mi) dengan sedikit manis labu dan rasa yang sangat menarik. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM9 sahaja.

Bagi penggemar kentang pula, "Tote Potato" wajib anda cuba apabila singgah di sini. Potongan kentang yang tebal dan rangup dengan isi lembut di dalam, ia terdapat campuran rasa dari gula dan rempah yang memang sangat unik daripada yang lain.

Bawang goreng yang bertaburan di atasnya, membuatkan hidangan itu lebih lazat. Ia kelihatan seperti beberapa keunikan rempah yang diserap ke dalam mulut yang membuatkan anda tidak berhenti untuk memakannya.

Diasaskan oleh Pierre Teh, Mansion 1969 asalnya adalah rumah nenek moyang dibina pada 1969, selepas ditinggalkan selama bertahun-tahun.

HIASAN di dalam kafe Mansion 1969 di Banting. - Foto Farhany Rahman

Pierre berkata, kafe itu menawarkan hidangan vegetarian yang disediakan cef berpengalaman itu memang mendamaikan terutama pada waktu malam kerana kawasan persekitaran luar dihiasi dengan cahaya.

"Saya menggemari barangan antik dan terpakai. Ada sejarah dan mempunyai nilai tertentu, jadi saya mengambil keputusan untuk meletakkan dan mempamerkannya kepada pelanggan.

"Saya akan membiarkan pelanggan bermain dan berfoto di sini supaya mereka juga dapat mempelajari sejarah di sebalik barangan itu,” katanya.

Pada asalnya, hanya mahu buat galeri seni dan koleksi tetapi, kemudian berpendapat lebih elok kalau disediakan sekali kedai untuk menarik dan memudahkan orang ramai menikmati semuanya sekali gus.

Justeru, beliau menggabungkan kesemua ciri-ciri itu dengan menekankan kepada aspek seni dan sejarah berkaitan khususnya di tempat itu.

INFO

  • Mansion 1969:
  • Lokasi: Lot 389, Batu 13, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor
  • Operasi: Dibuka 10 malam hingga 12 malam * (Ditutup Selasa).
Berita Harian X