X
Ahad, 19 Januari 2020 | 10:45am
SET hidangan Yee Sang menu sinonim sempena Tahun Baharu Cina. NSTP/Khairul Azhar Ahmad
SET hidangan Yee Sang menu sinonim sempena Tahun Baharu Cina. NSTP/Khairul Azhar Ahmad

Makan besar di Holiday Villa

MAKANAN enak dan masa terbaik seisi keluarga berkumpul, antara ketika menyambut sesuatu perayaan.

Lazimnya acara makan besar bagi masyarakat Tionghua menjadi kemestian, menandakan harapan untuk kemakmuran melangkah kalendar tahun baru lunar.

Umpamanya, Holiday Villa Hotel and Conference Subang, mengalu-alukan memeriahkan Tahun Baru Cina kali ini dengan hidangan cita rasa tradisional di Inn of Four Seasons Chinese Restaurant.

Ini kerana acara makan besar itu sering dikaitkan dengan limpahan kemakmuran, tuah dan untung besar.

Justeru untuk set 10 orang, tawaran harganya hanya dari harga RM1,288 hingga RM1,688 iaitu promosi hingga 8 Februari ini

SET hidangan Yee Sang menu sinonim sempena Tahun Baharu Cina. NSTP/Khairul Azhar Ahmad
SET hidangan Yee Sang menu sinonim sempena Tahun Baharu Cina. NSTP/Khairul Azhar Ahmad

Promosi berkenaan mempunyai tiga pilihan iaitu set lucky, fatt choy dan golden fortune yang masing-masing mempunyai menu berbeza, sama ada ikan salmon, udang atau hidangan masakan tertentu.

Tidak ketinggalan menu wajib atau pembuka selera, Yee Sang dengan hirisan abalone, udang kara. Menariknya hotel ini mempunyai kepakaran membuat menu terbabit.

Sama ada mahu pilihan lain yee sang salmon atau Japanese Clam. Semuanya enak, segar dan tidak hanyir atau meloyakan biarpun hidangan daripada daging mentah.

Kesempatan penulis merasai air tangan, cef yang mahir menyediakan makanan Cina antaranya menu double boiled cordyceps soup itu sup ayam dengan sayuran dan makanan laut, itik panggang dengan jeruk betik, udang telur masin, ikan kerapu masak kicap, cendawan masak brokoli, nasi goreng Cina serta jeli longan.

Selain itu, kami dihidangkan menu sampingan lain iaitu dim sum tradisional yang halal, ikan rangup bersama makanan laut, dampling (atau dadu) kimchi, dadu scallop rumput laut dan bubur oat dengan salmon yang disalai.

Empat menu berkenaan disediakan khas bagi Tahun Bahar Cina sebenarnya wajar dicuba sesiapa sahaja.

Berita Harian X