Khamis, 26 November 2015 | 10:39am

Mangsa banjir di Tenom meningkat kepada 519 orang

PUSAT pemindahan sementera mangsa banjir di Kampung Ponontomon, Tenom. - Foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
PUSAT pemindahan sementera mangsa banjir di Kampung Ponontomon, Tenom. - Foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 519 penduduk daripada 150 keluarga di daerah Tenom dipindahkan ke enam pusat pemindahan selepas kawasan mereka dinaiki air.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri, Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin, berkata dua pusat pemindahan lagi dibuka iaitu Rumah Kebudayaan Saga dan Mandalom Lama, malam tadi.

Beliau berkata, paras air di sungai Padas di Tenom setakat 7 pagi ini berada pada paras amaran 176.47 meter berbanding 176.98 meter petang semalam.

Semalam, seramai 468 penduduk daripada 142 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara yang dibuka kira-kira jam 10 pagi.

Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, berkata empat pusat pemindahan yang dibuka itu ialah pusat pemindahan Ponontomon, Labut 1 dan 2 serta Lalandang.

- BERNAMA

Berita Harian X