Ahad, 29 November 2015 | 8:41am

Sultan Nazrin, Tuanku Zara sertai larian Hari Keputeraan

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengetuai larian 200 tetamu kenamaan mengelilingi pekan Kuala Kangsar sejauh dua kilometer (km). - Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengetuai larian 200 tetamu kenamaan mengelilingi pekan Kuala Kangsar sejauh dua kilometer (km). - Foto Muhaizan Yahya

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai program Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin, di Jalan Tun Razak, di sini pagi tadi.

Baginda berdua tiba kira-kira jam 6.50 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut hadir, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sultan Nazrin kemudiannya melepaskan kira-kira 3,300 peserta di garisan permulaan sebelum mengetuai larian 200 tetamu kenamaan mengelilingi pekan Kuala Kangsar sejauh dua kilometer (km).

Turut menyertai larian berkenaan, lima legenda sukan negara termasuk Datuk Marina Chin, Datuk Poon Fook Loke, Rabuan Pit, Samson Vellabouy dan isteri, Josephine Mary.

Berita Harian X