Selasa, 1 Disember 2015 | 12:11am
FATHIA akur perjalanan kerjayanya tidak ubah seperti roda apatah lagi usianya kini melewati akhir 20-an. - Foto Adi Safri
FATHIA akur perjalanan kerjayanya tidak ubah seperti roda apatah lagi usianya kini melewati akhir 20-an. - Foto Adi Safri
FATHIA tidak berasa terancam, jauh sekali iri hati dengan barisan pelakon baharu dan lebih muda. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
FATHIA tidak berasa terancam, jauh sekali iri hati dengan barisan pelakon baharu dan lebih muda. Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Fathia Latiff tak kisah muka kedut

SEMUA orang tahu pasangan pelakon sama cantik sama padan ini hangat menjalin cinta sejak tiga tahun lalu.

Sering dilihat berdua di mana saja terutama dalam segmen karpet merah pada majlis anugerah, hubungan intim Fathia Latiff, 28, dan teman lelaki yang dua tahun lebih muda daripadanya, Aiman Hakim Ridza, bukan lagi rahsia.

Meraih populariti persis pasangan kekasih Hollywood Justin Bieber dan Selena Gomez, ramai tertanya-tanya apakah hubungan Fathia dan Aiman akan berakhir di jinjang pelamin? Apakah tempoh perkenalan tiga tahun belum cukup bagi Fathia dan Aiman mengenal hati budi dan mengikat janji sehidup semati?

AIMAN Hakim dan Fathia Latif. - Foto Amirudin Sahib.
AIMAN Hakim dan Fathia Latif. - Foto Amirudin Sahib.

Sejak dipertemukan dalam drama rantaian Diandra, Fathia dan Aiman mula intim apatah lagi masing-masing bersikap terbuka dalam berkongsi kisah cinta dengan peminat. Tidak cukup dengan muncul berdua di khalayak ramai, mereka banyak berkongsi momen bersama di laman sosial hingga sering menjadi topik perbualan netizen.

Mendekati Fathia atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff, pelakon drama bersiri Nur Kasih ini mengakui sudah tiga tahun berkasih dengan Aiman tanpa sebarang petanda mereka akan disatukan dengan ikatan sah.

"Buat masa ini, kami memilih untuk fokus kepada kerjaya seni masing-masing. Tipulah jika saya kata, kami tiada perancangan untuk berkahwin. Saya pasti akan berkongsi kepada umum andai kami sudah memilih tarikh untuk mengakhiri zaman bujang," katanya kepada BH Plus.

Fathia memberitahu, dia lebih selesa bersikap terbuka mengenai hubungan cintanya supaya tidak timbul salah faham atau tuduhan negatif seperti sengaja menyembunyikan kekasih.

NUR Fathia Abd Latiff. - Foto Muhammad Hisyamuddin Ishak
NUR Fathia Abd Latiff. - Foto Muhammad Hisyamuddin Ishak

"Setiap individu mempunyai sebab tersendiri merahsiakan hubungan cinta. Namun, saya memilih untuk berkongsi kepada umum. Ini kerana pada masa sama, mereka dapat mendoakan yang terbaik untuk hubungan saya dan Aiman," katanya.

Fathia juga menolak alasan kononnya saham artis jatuh jika kisah cinta didedahkan kepada pengetahuan umum.

"Bagi saya tidak wajar menyembunyikan kisah cinta kerana takut saham jatuh atau hilang peminat. Biarlah pengikut meminati kita kerana diri kita yang sebenar. Oleh itu, mereka berhak untuk mengetahui serba sedikit mengenai kisah peribadi artis yang mereka minati," katanya.

Fathia berkata, hakikatnya, industri hiburan di negara ini adalah kecil dan lazimnya selebriti akan bertemu kelompok sama.

Nama Fathia mula meniti di bibir peminat apabila muncul dalam drama rantaian, Ariana Rose bersama hero gandingan, Keith Foo, kira-kira dua tahun lalu.

FATHIA masih belum menetapkan bila akan mengakhiri zaman bujangnya walaupun telah tiga tahun menjalin cinta dengan Aiman Hakim Ridza. - Foto Adi Safri
FATHIA masih belum menetapkan bila akan mengakhiri zaman bujangnya walaupun telah tiga tahun menjalin cinta dengan Aiman Hakim Ridza. - Foto Adi Safri

Namun, entah di mana silapnya, nama aktres jelita ini 'tenggelam' selepas berakhirnya drama rantaian itu. Cuma selepas muncul dalam drama, Dia Isteri Luar Biasa, nama Fathia kembali diperkatakan.

Mengakui masanya untuk terus menyinar dalam persada seni makin suntuk, Fathia akur perjalanan kerjayanya tidak ubah seperti roda apatah lagi usianya kini melewati akhir 20-an.

Jauh sekali menyimpan perasaan iri hati dengan kehadiran pelakon baharu, Fathia mengakui tidak rasa terancam. Ini kerana baginya, populariti yang diraih biarlah atas faktor bakat bukannya paras rupa.

"Saya tahu hanya tinggal beberapa tahun lagi usia saya menginjak ke angka 30. Semua pelakon tahu 'jangka hayat' untuk mereka menjadi pilihan penerbit dan penggiat filem. Tidak selama-lamanya kita akan berada di atas kerana hidup ini ibarat roda," katanya.

Fathia berkata, pelakon baharu dianggap penambah rencah rasa dalam industri seni.

PERCINTAAN Aiman Hakim dan Fathia Latiff bukan lagi rahsia. - Foto Amirudin Sahib.
PERCINTAAN Aiman Hakim dan Fathia Latiff bukan lagi rahsia. - Foto Amirudin Sahib.

"Mereka sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk pelakon wanita bersaing secara sihat. Lagipun, bosan juga jika asyik melihat wajah yang sama menghiasi kaca televisyen (TV)," katanya.

Fathia berkata, setiap individu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri yang menjadikan seseorang itu istimewa.

Tidak hairanlah figura jelita ini kuat berpegang kepada prinsip hidup. Fathia tidak takut melewati usia tua biarpun tahu wajah adalah aset utama pelakon.

Bagi Fathia, setiap kedutan pada wajah membuktikan pengalaman yang dilalui sepanjang kehidupan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X