Rabu, 2 Disember 2015 | 10:44am
TIGA pemain tempatan mengikat kontrak untuk pasukan Terengganu, dari kiri; Joseph Kalang Tie, Amiridzwan Taj dan Yong Kuong Yong (kanan) untuk saingan Liga Super 2016 dalam Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Baharu Terengganu di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak,Kuala Nerus, hari ini. - Foto Aswadi Alias

3 tonggak Harimau Malaya sertai Terengganu


DARI kiri; Joseph Kalang Tie, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Yong Kuong Yong.

KUALA TERENGGANU: Tiga pemain Harimau Malaya bakal menyertai Terengganu pada musim ini.

Dan mereka dijangka menandatangani kontrak bersama pasukan itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, jam 11 pagi hari ini.

Pemain terbabit adalah pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie; pertahanan Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin dan pertahanan Pulau Pinang, Yong Kuong Yong.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman mengesahkan perkembangan itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemain itu sudah bersetuju untuk menyarung jersi skuad Penyu, tahun depan.

Katanya, kehadiran mereka untuk mengisi kekosongan sembilan pemain musim ini yang digugurkan selepas kontraknya tidak disambung.

"Tiga pemain kebangsaan ini dijangka menandatangani kontrak untuk memperkuatkan pasukan mengharungi Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

"Beberapa pemain tempatan lain termasuk awang import keempat yang menggantikan penyerang, Paulo Rangel berada dalam radar pasukan," katanya kepada BH Oline.

Berita Harian X