Khamis, 3 Disember 2015 | 7:39am

14 maut, 14 cedera insiden tembakan terbaharu di California

ANGGOTA penyelamat mengusung mangsa yang tercedera dalam kejadian itu. - Foto Reuters

SAN BERNARDINO: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh, 14 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan di San Bernardino, California, hari ini.

Tiga lelaki bersenjata raifal dilihat melarikan diri dari tempat kejadian tembakan, kata Ketua Polis San Bernardino, Jarrod Burguan.

Dalam sidang medianya, beliau berkata serangan itu berlaku jam 11 pagi dan setakat ini motif serangan tidak jelas.

Penolong Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Los Angeles, David Bowdich, berkata pihaknya masih tidak pasti kejadian di bandar yang terletak 97 kilometer di timur Los Angeles itu sebagai serangan pengganas. - AFP

Berita Harian X