Khamis, 3 Disember 2015 | 9:50am

F1 musim 2016 saksi 21 perlumbaan

Presiden FIA, Jean Todt.
Presiden FIA, Jean Todt.

PARIS: Saingan Formula 1 (F1) musim depan akan membabitkan 21 perlumbaan berbanding 20 musim ini dengan Baku, Azerbaijan akan turut tersenarai.

Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) berkata, perlumbaan sekali lagi akan bermula di Australia pada 20 Mac dan dijadual berakhir di Abu Dhabi pada 27 November.

Bagaimanapun, Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Austin pada Oktober hanya berstatus tarikh sementara berikutan masalah dana tempatan.

GP Eropah di Baku pula mungkin akan ditentukan kemudian bagi mengelak pertembungan perlumbaan tahan lasak Le Mans 24 jam yang dijadualkan pada tarikh sama iaitu 19 Jun.

Antara perubahan teknikal adalah pengeluar tayar, Pirelli akan membekalkan tiga sebatian mengikut cuaca kering

Mesyuarat FIA yang diadakan di sini juga meluluskan mandat buat Presiden FIA, Jean Todt dan pemegang hak komersial, Bernie Ecclestone untuk membuat syor ke atas urus tadbir, enjin dan pengurangan kos.

Semua isu ini membelenggu saingan musim ini sehingga berakhirnya perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, Ahad lalu.

"Todt dan Ecclestone menyatakan hasrat mereka untuk membuat kesimpulan penuh mengenai semua perkara berkenaan pada 31 Januari ini," menurut satu kenyataan dari FIA.

- AFP

Berita Harian X