Khamis, 3 Disember 2015 | 9:00pm

Polis berkas 'Bonnie dan Clyde' Lembah Klang

SWEE Meng menunjukkan parang panjang yang digunakan `Bonnie dan Clyde' untuk menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Lembah Klang. - Foto NSTP
SWEE Meng menunjukkan parang panjang yang digunakan `Bonnie dan Clyde' untuk menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Lembah Klang. - Foto NSTP

SUBANG JAYA: Sepasang suami isteri umpama penjenayah 'Bonnie dan Clyde' apabila mengaku mendalangi lebih 15 kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Lembah Klang dengan bersenjatakan parang sejak tahun 2013.

Kegiatan suami isteri berusia 34 tahun dan 30 tahun itu berjaya dibongkar apabila seorang daripadanya ditahan selepas menyamun kedai serbaneka 24 jam di USJ 8, di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek lelaki bersama seorang wanita menaiki motosikal berhenti di hadapan kedai berkenaan.

"Tanpa mematikan enjin motosikal, dua suspek itu masuk ke kedai dan mengugut pekerja di kaunter untuk menyerahkan wang tunai serta. Mereka juga melarikan berbelas kotak rokok pelbagai jenama.

"Mereka kemudian bergegas keluar ke arah motosikal untuk melarikan diri, malangnya enjin motosikal sudah dimatikan dan kuncinya dicabut serta disorokkan oleh seorang awam yang menyaksikan kejadian samun itu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Panik dengan keadaan itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan berlari secara berasingan ke arah sebuah kawasan perumahan berhampiran.

Polis yang dimaklumkan kejadian itu, memburu kedua-duanya sebelum berjaya menahan suspek wanita yang berusia 19 tahun, kira-kira setengah jam kemudian.

"Hasil soal siasat ke atasnya, kita berjaya menahan isteri kepada suspek lelaki kira-kira jam 3 petang di sebuah hotel di Sungai Buloh. Dia baru melahirkan seorang bayi lelaki, tidak sampai empat minggu.

"Oleh kerana baru melahirkan anak, dia tidak menyertai suaminya melakukan jenayah, sebaliknya meminta suspek pertama yang ditahan untuk menemani suaminya," katanya.

Swee Meng berkata, berdasarkan semakan, wanita itu dikehendaki polis untuk tujuh kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X