Khamis, 3 Disember 2015 | 9:29pm

Rang Undang-Undang MKN2015 diluluskan

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara MKN (2015) diluluskan di Dewan Rakyat, malam ini melalui undian belah bahagian selepas 107 ahli Parlimen menyokong dan 74 membantah. 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, mengumumkan perkara itu berkata, rang undang-undang diluluskan dan perlu dibaca untuk bacaan kali kedua. 

Rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Rang undang-undang itu memperuntukkan 15 kuasa kepada MKN.

Berita Harian X