Selasa, 8 Disember 2015 | 5:56pm

Kabinet putuskan tarif elektrik, rebat kekal - Maximus

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. - Foto Yazit Razali
MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. - Foto Yazit Razali

PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan purata kadar tarif elektrik di Semenanjung kekal pada 38.53 sen per kiloWatt jam (kWj), dengan pemberian rebat sebanyak 1.52 sen/kWj.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam sidang medianya di sini, petang ini berkata, keputusan berkenaan akan berkuatkuasa 1 Januari hingga 30 Jun 2016.

Beliau berkata, Sabah dan Labuan pula akan terus menikmati penurunan rebat sebanyak 1.20 sen/kWj, dengan purata kadar tarif elektrik 33.52 sen/kWj.

Berita Harian X