Rabu, 8 Oktober 2014 | 3:50pm

La Liga tanpa Barcelona jika Catalonia berpisah dari Sepanyol

BARCELONA: Kelab gergasi, Barcelona tidak akan dibenarkan beraksi dalam kancah La Liga jika Catalonia membuat keputusan untuk berpisah daripada negara Sepanyol.

Perkembangan itu diutarakan oleh liga bola sepak negara berkenaan, Javier Tebas ketika ketegangan memuncak di wilayah berkenaan dengan kemungkinan satu pungutan suara diadakan, bulan depan.

Faktor politik sudah lama ada ikatan dengan kelab bola sepak sejak ia ditubuhkan dan jika Catalan mendapat kemerdekaan ia akan memberi impak besar kepada Barca yang bersama Real Madrid adalah kuasa utama dalam sukan popular ini Sepanyol.

Tambah perit, jika kelab tersohor ini meninggalkan La Liga ia akan menjejaskan teruk imej kejohanan di laman sendiri dan di luar.

Adalah sukar untuk membayangkan Barca dan musuh tetangga, Espanyol beraksi dalam liga Catalan yang kebanyakannya pasukan semi-profesional.

"Jika Catalonia menjadi wilayah bebas, berpandu kepada Akta Sukan yang akan berkuatkuasa di seluruh Sepanyol, Barcelona tidak akan dibenarkan bermain," kata Presiden LFP, Tebas di sidang akhbar di sini.

"Saya tak dapat bayangkan LFP tanpa Barca. Begitu juga cara samanya, saya tak dapat bayangkan Catalonia tanpa Sepanyol. Saya tidak dapat melihat La Liga tanpa Barca."

Sementara itu, Xavi dan Gerard Pique adalah antara pemain Barcelona yang menyokong pungutan suara berikutan satu perarakan September lalu di sini yang mahukan undian dilakukan.

"Kami semua ada hak dalam dunia ini untuk mengundi. Kami harus mengundi, kami mahu orang ramai menyuarakan pendapat dan saya setuju dengan pungutan suara," kata Xavi dalam sidang akhbar.

Menurut pihak polis, rali itu dihadiri oleh 1.8 juta orang. - Reuters

Berita Harian X