Rabu, 8 Oktober 2014 | 4:17pm

Pekerja mogok, mayat mangsa Ebola terbiar di jalan raya Sierra Leone

FREETOWN (Sierra Leone): Perbadanan Penyiaran Sierra Leone hari ini melaporkan beberapa mayat mangsa Ebola terbiar di jalan raya disebabkan pasukan pengkebumian bertindak mogok berikutan khidmat mereka tidak dibayar.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Sidie Yahya Tunis, berkata keadaan itu amat memalukan dan mendakwa wang untuk membayar urusan pengkebumian itu sememangnya ada.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Ebola dipercayai sudah meragut lebih 600 nyawa penduduk di Sierra Leone.

Di Sepanyol, pegawai kesihatan berkata mangsa keempat Ebola kini diletakkan di bawah pengawasan di sebuah hospital di Madrid selepas seorang pembantu jururawat dikesan dijangkiti virus yang menyebabkan kematian itu.

Jururawat berkenaan dilaporkan dijangkiti Ebola selepas berkhidmat dengan dua mangsa Ebola dari Sierra Leone dan Liberia, yang kemudian meninggal dunia.

Suami kepada wanita berkenaan adalah antara mereka yang sedang dirawat dan diletakkan di bawah pengawasan. - AP

65 dibaca
Berita Harian X