Jumaat, 11 Disember 2015 | 11:32am
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, kata peniaga. - Foto hiasan

Ringgit susut, 4.2610 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Setengah jam selepas pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2670 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam, 4.2560/2640.

Wakil peniaga berkata dolar AS naik sejajar komungkinan kenaikan kadar faedah menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka pada 15-16 Disember ini.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0336/0396 daripada penutupan semalam 3.0318/0381, tetapi naik berbanding yen kepada 3.4892/4955 daripada 3.4957/5034.

Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 6.4512/4624 daripada penutupan semalam 6.4572/4719, dan naik berbanding euro kepada 4.6564/6643 daripada 4.6714/6810. - BERNAMA

41 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »