Isnin, 14 Disember 2015 | 1:47pm

Sisipan Minda bantu tingkatkan pencapaian PT3

SHAH ALAM: Penggunaan sisipan Minda terbitan BH sebagai bahan ulang kaji berjaya membantu meningkatkan pencapaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pelajar SMK Bukit Jelutong, di sini.

Seramai lima pelajar berjaya memperoleh semua A berbanding tiada seorang pun tahun lalu mencatat keputusan cemerlang.

  

Pengetua SMK Bukit Jelutong, Che Sapora Ibrahim, berkata sekolah berkenaan mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.46 tahun ini, meningkat sebanyak 0.44 berbanding 2.90 tahun lalu.

   

"Pada tahun ini sebanyak 381 calon yang mengambil PT3 dan pihak sekolah menyasarkan dua pelajar memperoleh kesemua A. Kami gembira kerana seramai lima pelajar berjaya memperoleh semua A.

 

"Kejayaan ini diharap dapat menaikkan semangat pelajar lain untuk cemerlang pada masa depan," katanya.

SMK Bukit Jelutong melanggan 340 BH setiap minggu yang dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dan latihan ulang kaji.

   

Lima pelajar yang berjaya memperoleh semua ialah A Krishah A/P Elayppen, 14, Mohamad Mukhzuhayr Mohd Rashid, Muhammad Adam Jefri Johan, 15, Muhammad Kyle Harris Fatzunnahar, 15, dan Mior Shazryl Afiq Mior Saifullizan,15.

Berita Harian X