Khamis, 17 Disember 2015 | 8:24am
SEORANG lelaki didakwa menumbuk dan mencekik seorang wanita selepas mangsa membaringkan kerusinya dalam pesawat Southwest Airlines. - Foto Google

Lelaki cekik wanita baringkan kerusi pesawat

LOS ANGELES: Seorang lelaki didakwa menumbuk dan mencekik seorang wanita selepas mangsa membaringkan kerusinya dalam pesawat.

Lawrence Wells, 54, dari Richmond, California, berdepan hukuman 10 tahun penjara atas tuduhan pada 18 Oktober itu dalam pesawat Southwest Airlines yang dalam penerbangan dari Los Angeles ke San Francisco.

Menurut kertas tuduhan, Wells mencederakan mangsa yang hanya dikenali sebagai M.D, dengan mencekik dan menumbuk kepalanya sebaik pesawat berkenaan berlepas.

"Kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas, kapten mengisytiharkan pendaratan cemas dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat tuduhan itu," kata FBI dalam satu kenyataan.

Jurucakap FBI berkata, mangsa mengalami kesan gegaran di kepala akibat tumbukan berkenaan. - AFP

Berita Harian X