Jumaat, 18 Disember 2015 | 1:47pm

Rapid Penang anjur program berkhatan beramai-ramai

SERAMAI 20 kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Rapid Penang, yang diadakan di Ibu Pejabat Rapid Penang. - Foto NSTP
SERAMAI 20 kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Rapid Penang, yang diadakan di Ibu Pejabat Rapid Penang. - Foto NSTP

GEORGETOWN: Seramai 20 kanak-kanak menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Rapid Penang, yang diadakan di Ibu Pejabat Rapid Penang, di sini, baru-baru ini.

Kanak-kanak berusia enam tahun hingga 11 tahun itu adalah anak kakitangan Rapid Penang dan dikhatankan oleh doktor dari Klinik Desa Murni, Sungai Dua, Seberang Perai.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman, berkata program berkhatan beramai-ramai itu adalah program tahunan yang dianjurkan bersama Badan Kebajikan Islam Kumpulan Prasarana (BAKIP) setiap kali musim cuti sekolah.

Beliau berkata, program itu dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan hubungan kekeluargaan warga RapidPenang.

"Kita berpuas hati kerana aktiviti kebajikan ini mendapat sambutan menggalakkan serta dapat membantu ibu bapa melaksanakan satu sunah terhadap anak masing-masing," katanya.

Sementara itu, kakitangan Rapid Penang, Ahmad Ruzaidi Mohd Zainol berkata, program berkhatan beramai-ramai ini dapat meredakan perasaan takut kanak-kanak untuk berkhatan.

"Selalunya kanak-kanak takut apabila mendengar perkataan berkhatan, namun dengan kehadiran kawan-kawan mereka menjadi lebih berani," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X