Isnin, 21 Disember 2015 | 7:28am

Gempa bumi 6.0 magnitud di Kalimantan

LOKASI pusat gempa bumi yang berukuran 6.2 magnitud menggegar Indonesia jam 2.47 pagi ini. - Sumber met.gov.my

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar Indonesia awal hari ini tetapi tiada laporan kerosakan atau kematian, kata Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, gempa bumi itu melanda kawasan timur laut Kalimantan, Indonesia, kira-kira 34 kilometer utara bandar Tarakan.

Agensi itu melaporkan gempa bumi berkenaan melanda pada kedalaman 22 kilometer.

Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Indonesia berkata, gempa bumi berkenaan tidak berpotensi untuk menyebabkan tsunami. Tiada laporan berkaitan kerosakan.

Sementara itu, bulan lalu, gempa bumi 6.1 magnitud melanda timur Indonesia dan dirasai di Saumlaki dan menyebabkan sebahagian penduduk lari menyelamatkan diri walaupun bencana itu tidak menyebabkan tsunami.

Pada awal November lalu, dua gempa bumi menggegar Sumatera -- gegaran awal ialah 6.1 magnitud dan diikuti gempa 6.4 magnitud beberapa jam kemudian. - AFP

Berita Harian X