Selasa, 22 Disember 2015 | 10:10am

Arab Saudi pintas peluru berpandu Yaman

RIYADH: Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu yang dibedil dari Yaman ke sempadan selatan negara itu dalam serangan terbaharu di sebalik perjanjian gencatan senjata dan rundingan damai, kata tentera pakatan.

Dalam taklimat ringkas, pasukan antarabangsa diketuai Arab Saudi yang berperang di Yaman sejak Mac lalu, berkata tentera udara berjaya menghalang peluru berpandu itu daripada sampai di daerah Jazan di selatan Arab Saudi.

"Tentera udara segera memusnahkan tapak pelancaran di Yaman," kata pasukan pakatan.

Arab Saudi membedil peluru berpandu Patriot yang direka untuk menyerang balas peluru berpandu balistik.

Jumaat lalu, tentera pakatan berkata, tentera udara Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yaman dan peluru berpandu kedua mendarat di padang pasir di bandar Najran. - Agensi

36 dibaca
Berita Harian X