Selasa, 22 Disember 2015 | 1:42pm

FBM KLCI akhiri sisi pagi lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi dalam nada positif hari ini, disokong aktiviti belian berterusan dalam saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, pasaran berada pada 1,634.51, naik 5.42 mata, selepas bergerak antara 1,630.97 dan 1,636.10 sepanjang sesi dagangan pagi.

Pasaran positif dengan kaunter mengatasi rugi sebanyak 410 berbanding 286, dengan 324 kaunter tidak berubah, 737 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung urus niaga.

Perolehan berada pada 1.01 bilion saham bernilai RM737.75 juta.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank dan Public Bank menambah dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.23 dan RM18.26, dengan Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM7, sementara TNB mendatar pada RM13.

Antara kaunter aktif, SMTRack menambah setengah sen kepada 12.5 sen, XOX naik dua sen kepada 22 sen, Greenyield menambah enam sen kepada 28 sen dan K-One Technology naik satu sen kepada 32.5 sen.

Pada papan skor, Indeks FBM EMAS menokok 48.42 mata kepada 11,455.472, FBMT100 naik 48.86 mata kepada 11,127.55 dan FBM EMAS Syariah 66.44 mata lebih baik kepada 12,395.49.

FBM 70 melonjak 90.34 mata kepada 12,922.60, sementara FBM ACE naik 53.05 mata kepada 6,363.10.

Berdasarkan sektor, Indeks Perindustrian naik 2.72 mata kepada 3,156.40, Perladangan jatuh 11.26 mata kepada 7,341.40 dan Kewangan menambah 22.18 mata kepada 13,917.53. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X