Rabu, 23 Disember 2015 | 5:14pm

Jin Wei akan sertai kejohanan penting sahaja tahun depan

BUKIT KIARA 19 DECEMBER 2015. Pemain BAM/PG, Goh Jin Wei berjaya ke perlawanan akhir perseorang wanita selepas menewaskan pemain BAM/PK, Lee Ying Ying dengan keputusan 21 - 15 dan 21 - 13 pada perlawanan separuh akhir Maybank Sirkit Kebangsaan Peringkat Akhir 2015 di Stadium Juara, Bukit Kiara. Goh Jin Wei akan bertemu dengan pemain BAM/PG, Tee Jing Yi pada perlawanan akhir hari ini (20 Dec 2015). STR/Owee Ah Chun.

KUALA LUMPUR: Juara badminton remaja wanita dunia, Goh Jin Wei mengakui penat dengan jadual pertandingan yang padat pada penghujung tahun ini dan akan lebih memilih menyertai kejohanan yang penting pada tahun depan.

Jin Wei berkata, pendekatan itu perlu diambil bagi memastikan sasarannya untuk berada dalam kelompok 80 pemain terbaik dunia untuk layak beraksi dalam saingan Grand Prix (GP) Emas tahun depan tercapai.

"Saya akan cuba mendapatkan rehat secukupnya selepas ini dan menjalani latihan untuk persediaan tahun depan.

"Saya akan lebih memilih kejohanan yang disertai, bukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berturut-turut," katanya yang kini berada dalam ranking ke-139 dunia.

Jin Wei berkata demikian kepada pemberita pada majlis penajaan syarikat telekomunikasi Red One kepada Serdang BC di Akademi Badminton X-TRM, Seri Kembangan di sini hari ini.

Jin Wei mewakili Serdang BC yang bersaing dalam Kejohanan Purple League yang akan berakhir Januari ini.

Turut hadir bekas pemain perseorangan negara yang juga jurulatih Kelab Badminton Serdang (Serdang BC), Ong Ewe Hock.

Jin Wei akan memulakan saingan musim depan di Cabaran Antarabangsa China dari 19-24 Jan 2016.

Selepas meraih gelaran Juara Remaja Dunia di Lima, Peru, pada awal November lalu, atlet berusia 15 tahun itu turut menyumbang pingat emas di Sukan Sekolah ASEAN yang diadakan di Brunei beberapa hari selepas pulang dari Peru.

Namun, Jin Wei hilang rentak permainan apabila mudah ditewaskan pemain wanita nombor satu negara, Tee Jing Yi di final GP Akhir Kebangsaan, Ahad lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X