Jumaat, 25 Disember 2015 | 9:45am
Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar pada jam 9.20 pagi tadi di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
NABILA dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57. - Foto NSTP
NABILA Huda dengan persalinan daripada Alia Bastaman bersama anaknya Keisha Laila. - Foto NSTP

Nabila Huda, Mohd Izwan selamat bernikah

MOHD Izwan Johar (kanan) menyarungkan cincin ke jari isterinya, Nabila Huda Suhaimi pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. - Foto Munira Abdul Ghani

SHAH ALAM: Pelakon Nabila Huda, 31, sah bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, dengan sekali lafaz pada jam 9.20 pagi tadi di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Anak sulung vokalis Search itu kelihatan anggun dan berseri-seri menggayakan busana berona putih.

Nabila dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, disaksikan jurunikah.

Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Nabila. Bagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang.

Majlis pernikahan pelakon yang popular dengan drama bersiri Teduhan Kasih itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh teman rapat serta keluarga.

Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

MOHD Izwan Johar (kiri) bersama isterinya, Nabila Huda Suhaimi pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. - Foto Munira Abdul Ghani

Berita Harian X