Isnin, 28 Disember 2015 | 7:24am

Messi, Barcelona raih anugerah di Dubai

LIONEL Messi memenangi edisi ketujuh Anugerah Bola Sepak Global di Dubai apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik dan pemain terbaik di Dubai. - Foto REUTERS

DUBAI: Kelab Barcelona dan bintangnya, Lionel Messi memenangi edisi ketujuh Anugerah Bola Sepak Global di Dubai apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik dan pemain terbaik.

Messi hadir ke majlis berkenaan dari Argentina.

"Adalah amat baik untuk menerima anugerah ini, tetapi saya sentiasa berkata pasukan yang menjadikannya realiti. Ia adalah satu tahun yang luar biasa," kata Messi.

Barcelona memenangi lima gelaran pada 2015 - Liga Sepanyol, Copa del Rey, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia.

Mereka hanya terlepas satu kejuaraan iaitu Piala Super Sepanyol apabila tewas kepada Athletic Bilbao.

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots dinobatkan selaku pengurus terbaik manakala Benfica meraih anugerah akademi kelab terbaik.

Pemain Itali, Andrea Pirlo dan Frank Lampard dari England menerima penghargaan kerana karier jangka panjang mereka. - AFP

Berita Harian X