Isnin, 28 Disember 2015 | 5:25pm

14 terbunuh letupan bom di Homs, Syria


SUASANA kelam kabut selepas letupan bom di Bandar Homs, tengah Syria. - Sumber Syrian TV Channel AlIkhbariya.

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 14 maut manakala beratus cedera dalam dua letupan bom di Bandar Homs, tengah Syria, hari ini.

"Angka awal dalam kejadian letupan berterusan yang melanda bandar kejiranan Al-Zahraa ialah 14 kematian manakala 132 lagi cedera," demikian lapor stesen televisyen tempatan.

Penduduk di Al-Zahraa kebanyakannya etnik Alawites. - AFP

16 dibaca
Berita Harian X