Ahad, 3 Januari 2016 | 12:43pm

1 maut, 3 cedera, kereta masuk longkang

KEADAAN kenderaan mangsa selepas terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68.6 Jalan Sitiawan-Taiping. - Foto ihsan bomba

TAIPING: Seorang maut manakala tiga cedera selepas kereta dinaiki terbabas memasuki longkang di Kilometer 68.6 Jalan Sitiawan-Taiping, di sini, petang semalam.

  Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 21 tahun maut di tempat kejadian selepas parah di kepala manakala tiga rakan sebaya penuntut IPT sama cedera di beberapa anggota badan.

  Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata siasatan awal mendapati kereta PROTON Saga dipandu mangsa dari arah Trong menghala ke Sitiawan hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas memasuki longkang sebelah kiri jalan.

Berikutan kemalangan itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat manakala tiga lagi mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kesemua mangsa adalah pelajar sebuah politeknik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X