Rabu, 6 Januari 2016 | 5:38pm

Penerbangan Garuda tertangguh disebabkan lebah


MENURUT Garuda, juruterbang Boeing 737 yang membawa 156 penumpang mengambil keputusan tidak berlepas selepas mengenalpasti masalah dengan kawalan pesawat itu. - Foto Google

JAKARTA: Gangguan lebah menyebabkan pesawat penumpang Indonesia terpaksa ditangguhkan selama empat jam selepas serangga itu terperangkap di dalam peralatan penting sehingga menyebabkan masalah kepada kawalan pesawat, menurut syarikat penerbangan itu, hari ini.

Pesawat kendalian syarikat penerbangan Indonesia, Garuda itu dijadualkan bermula pada pagi Selasa dari pulau barat Indonesia, Sumatera dan menuju ke Jakarta.

Menurut Garuda, juruterbang Boeing 737 yang membawa 156 penumpang mengambil keputusan tidak berlepas selepas mengenalpasti masalah dengan kawalan pesawat itu.

"Siasatan mendapati kawalan elektronik enjin pesawat mengalami masalah teknikal selepas serangga itu memasuki ke dalam tiub pitot," kata jurucakap syarikat penerbangan, Benny Butarbutar dalam satu kenyataan.

"Atas sebab keselamatan, Garuda Indonesia membuat keputusan menangguhkan penerbangan."

Selepas diperiksa, pesawat berkenaan itu berlepas dan selamat mendarat di Jakarta, petang Selasa. - AFP

100 dibaca
Berita Harian X